FacebookInstagramTwitterContact

 

Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>           'Borneo Pulau Bersejarah' Project Launching Ceremony           >>           Doa Kesyukuran Ceremony           >>           Commemorating Mosque's 25th Anniversary           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Perkumpulan Ramai : 8 Individu Dikenakan Denda


 


 November 16th, 2021  |  10:36 AM  |   644 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Tujuh orang warga tempatan dan seorang warganegara Malaysia masing-masing mengaku bersalah dan dikenakan hukuman denda hari ini di bawah Seksyen 62A (1) Akta Penyakit Berjangkit Bab 204.

 

Mereka terdiri daripada Nurhaleza binti Dullami (D1), Noor Syakiratul Hidayah binti Ismail (D2), Rashidah Mathew Ragie (D3), Dayangku Fatin Hadinah binti Pengiran Haji Omarali (D4), Muhammad Azmi bin Haji Mohd Safri (D5), Mohd Amir Muqri bin Haji Mohd Taha (D6), Muhammad Asrimin bin Awang Haji Alim (D7) dan Mohammad Sofian bin Sahdan (D8).

 

Kesemua pertuduhan dan hukuman ke atas defendan-defendan dibacakan melalui secara maya dengan menggunakan aplikasi Zoom.

 

D1 berumur 21 tahun, D2 berumur 24 tahun, D3 berumur 24 tahun, D4 berumur 21 tahun, D5 berumur 29 tahun, D7 berumur 32 tahun dan D8 berumur 34 tahun, masing-masing dikenakan denda sebanyak BND6,000 setiap seorang dan jika gagal akan dijatuhkan hukuman satu bulan penjara.

 

Sementara, D6 berumur 26 tahun pula dikenakan denda BND7,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda.

 

Mahkamah turut memerintahkan agar tempoh bayaran denda sehingga 3 Januari 2022.

 

Pada 23 September 2021, kira-kira jam 1.55 pagi, di sebuah rumah di Kampung Kiarong di mana semua defendan telah melanggar arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pada 9 Ogos 2021 di bawah Seksyen 62A(l) Akta Penyakit Berjangkit, Bab 204, iaitu mengadakan perkumpulan beramai-ramai, dengan mengambil bahagian dalam perkumpulan yang diadakan di rumah tersebut dan dengan itu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 62A(2) Akta yang sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 69 Akta yang sama.

 

Dalam kenyataan kejadian mendedahkan bahawa semua defendan menyedari mereka berada dalam rumah tersebut untuk mengadakan perkumpulan beramai-ramai tanpa memakai sungkup muka atau penjarakan sosial.

 

Bukan itu sahaja, mereka juga bermain alat muzik dengan kuat dan meminum minum keras.

 

Semua itu merupakan faktor yang memburukkan lagi keadaan kerana ketika itu mereka meninggalkan rumah untuk pergi ke perkumpulan beramai-ramai tersebut dan mereka juga telah pun melanggar arahan Kementerian Kesihatan, iaitu meninggalkan kediaman masing-masing tanpa tujuan yang penting.

 

Di sini, membuktikan bahawa kesemua defendan telah mengabaikan arahan Kementerian Kesihatan. Walaupun sesetengah individu (pesakit COVID-19) sedang bertarung nyawa, namun defendan-defendan memilih untuk mencari keseronokan dan hiburan. Jelas sekali, mereka semua berhak menerima hukuman yang berat.

 

Bagi D6, mahkamah juga mendapati di mana D6 sebelum ini telah pun menerima hukuman atas kesalahan di bawah Seksyen 269 Kanun Hukuman Jenayah pada tahun 2020.

 

Walau bagaimanapun, mahkamah berpuas hati bahawa D6 adalah pesalah pertama dan dia telah mengaku bersalah pada peringkat awal. Oleh itu, mahkamah akan memperlakukan sama seperti defendan lain dalam fail yang sama kecuali untuk penalti di mana denda adalah lebih tinggi berbanding yang lain, iaitu denda BND7,000 jika gagal membayar, dua bulan penjara.

 

Bagi semua defendan, walaupun denda yang tinggi, mahkamah menekankan bahawa kesalahan mereka adalah kesalahan yang serius lebih-lebih lagi semasa situasi pandemik ini.

 

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hafizah binti Ahmad.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48