Home > In The Court
Padah Memiliki Barang Tegahan
December 14th, 2021 | 07:59 AM | 515 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Padah memiliki barang tegahan, seorang lelaki tiada warganegara yang dikeluarkan jaminan Pas Khas (Special Pass) Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman 10 bulan penjara jika gagal membayar denda BND9,800 di Mahkamah Majistret, hari ini.
Mahkamah turut memberi tempoh kepada tertuduh untuk menjelaskan denda sehingga 13 Jun 2022.
Hukuman ke atas Abdur Ar Rahman bin Zabidi dijatuhkan oleh Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman.
Abdur Ar Rahman didakwa melakukan kesalahan tersebut kerana memiliki sembilan karton dan 17 paket rokok pelbagai jenis di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006.
Tertuduh ditangkap oleh Pegawai Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Daerah Belait di salah sebuah rumah di kawasan Rancangan Perumahan Negara Bukit Beruang, Tutong.
Kesemua barang terlibat juga dihukum rampas untuk dimusnahkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]