FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Padah Mencuri, Dihukum Penjara


 


 December 16th, 2021  |  11:55 AM  |   514 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang penganggur menerima padah apabila dihukum penjara 26 bulan kerana mencuri sebuah kereta oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

 

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abd. Hamid menjatuhkan hukuman itu ke atas Hasrin bin Sulaiman, 44 tahun selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula pada 13 Disember 2021.

 

Defendan didakwa telah mencuri sebuah kereta Toyota Corolla di sekitar tempat letak kereta di Jalan Berakas, Kampung Setia Jaya, Berakas pada 6 Disember 2021.

 

Defendan telah menghampiri kenderaan tersebut dan menyedari kenderaan tersebut tidak berkunci. Defendan kemudiannya berniat untuk mencuri kenderaan tersebut. Defendan membuka pintu dan mendapati kunci kereta kenderaan tersebut diletakkan di dalam petak pintu pemandu.

 

Defendan terus mengambil kunci dan menghidupkan enjin kenderaan tersebut dan memandu kenderaan tersebut pulang ke rumahnya di Kampung Lambak Kanan.

 

Pada hari yang sama iaitu kira-kira jam 4.14 petang, seorang (pengadu) telah mendapati kenderaan Toyota Corolla miliknya hilang dari tempat dia meletakkannya. Pengadu terus membuat laporan polis yang akhirnya membawa kepada penahanan defendan.

 

Pada pagi 11 Disember 2021, defendan telah ditanya oleh jirannya sama ada dia boleh menghantarnya ke Masjid Perpindahan Lambak Kanan iaitu tempat jiran tersebut bekerja.

 

Apabila tiba di sekitar masjid tersebut, defendan telah ditahan oleh anggota polis. Pada ketika itu, anggota polis sedang membuat rondaan mencari kenderaan tersebut berikutan laporan yang dibuat oleh pengadu.

 

Selepas penahanan defendan, pihak polis kemudiannya merampas kenderaan Toyota Corolla tersebut yang dipandu oleh defendan. Walau bagaimanapun, mereka menyedari bahawa bonet hadapan dan but belakang kenderaan tersebut dicat hitam. Dalam masa yang sama, mereka juga menyedari bahawa nombor pendaftaran yang dipaparkan pada kenderaan itu ialah BB 8263.

 

Semasa siasatan polis, pengadu dapat mengenal pasti kenderaan Toyota Corolla yang dirampas sebagai kenderaan yang dilaporkan hilang pada 6 Disember 2021.

 

Dia dapat mengenali kenderaan tersebut melalui pelbagai tanda dan ciri tersendiri. Walau bagaimanapun, beliau juga menyatakan bahawa kenderaan tersebut ditukar dengan nombor pendaftaran yang berbeza.

 

Siasatan polis selanjutnya mendedahkan, selepas melakukan kecurian kenderaan tersebut, defendan terus menukar nombor pendaftaran yang berbeza pada kenderaan Toyota Corolla tersebut serta menukar cat pada bonet hadapan dan but belakang kenderaan tersebut untuk mengelakkan kemungkinan pengecaman.

 

Defendan mendedahkan bahawa punca dia melakukan kesalahan itu adalah kerana dia mahu menggunakan kereta itu untuk menyara hidupnya.

 

Dalam rekod terdahulu, defendan mempunyai beberapa sabitan terdahulu yang serupa berhubung kecurian pada 2007, 2015 dan 2018 dan satu berhubung dengan kesalahan trafik jalan raya pada 2018. Kes telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Firdaus bin Haji Mohammad.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06