Home > In The Court
Padah Miliki Barang Tegahan
December 16th, 2021 | 11:56 AM | 473 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Disebabkan memiliki barang tegahan, seorang lelaki, warganegara Indonesia, Nasikun, mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman empat bulan penjara selepas gagal membayar denda BND71,000, di Mahkamah Majistret, hari ini.
Hukuman terhadap Nasikun diputuskan oleh Majistret Harnita Zelda Skinner atas satu pertuduhan, di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006, iaitu memiliki 90 karton dan 19 paket rokok berbagai jenis.
Nasikun, berusia 46 tahun, ditangkap oleh Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), di kawasan rumah pekerja Kampung Pengkalan Gadong, pada 20 November 2021, jam 11.03 malam.
Kesemua barang yang terlibat, iaitu rokok dihukum rampas untuk dimusnahkan. Mahkamah juga memerintahkan agar hukuman ke atas Nasikun, bermula pada 20 November 2021.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]