Home > In The Court
Didakwa Memiliki Rokok
January 14th, 2022 | 12:26 PM | 1309 views
KUALA BELAIT
Mahkamah Majistret Kuala Belait menjatuhkan hukuman enam bulan penjara ke atas seorang lelaki, warganegara Indonesia, jika gagal membayar denda sebanyak BND6,200.
Antarmy Scorpio, berusia 44 tahun, didakwa kerana memiliki sembilan karton dan 10 paket rokok pelbagai jenis.
Tertuduh mengaku bersalah di hadapan Majistret Kanan Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman yang juga turut menetapkan tempoh bayaran denda terhadap tertuduh sehingga 16 Mei 2022.
Tangkapan dijalankan oleh pegawai dari Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 4 April 2021.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006. Kesemua barang yang terlibat, iaitu rokok dihukum rampas untuk dimusnahkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]