FacebookInstagramTwitterContact

 

Investment Scams           >>           Intending Haj Pilgrims' Preparation           >>           Launching of Brunei Malay Pantun Festival           >>           Opening of Museums Collection Management Programme           >>           Photo Session           >>           National Musabaqah Al-Qur'an Reading for Adults           >>           Safeguarding the Sanctity of Al-Qur'an           >>           Messages of Condolences           >>           Departure           >>           Bilateral Meeting with the Prime Minister           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Terokai Peluang Kerjasama, Tingkatkan Integrasi Rangkaian


 


 February 3rd, 2023  |  12:05 PM  |   237 views

PUTRAJAYA, MALAYSIA

 

Dalam usaha Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) Negara Brunei Darussalam untuk memperkemas dan merealisasikan fokus strategik Jaminan Keselamatan dan Kesejahteraan Sosial dalam Rancangan Strategik KHEU 2020 – 2024, rombongan KHEU sedang mengadakan lawatan ke Malaysia dan Republik Singapura dari 30 Januari hingga 7 Februari 2023.

 

 Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan yang juga Naib Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Negara Brunei Darussalam menyertai selaku ketua rombongan bagi lawatan tersebut.

 

Semalam, Yang Mulia Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama mengadakan Kunjungan Hormat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Naim Mokhtar, bertempat di Pejabat Yang Berhormat Menteri, Aras 10, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya, Putrajaya Malaysia.

 

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Yang Berbahagia Datuk Hakimah Mohd. Yussof, dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Yang Berbahagia Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee.

 

Terdahulu, rombongan yang diketuai oleh Yang Mulia Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam telah membuat kunjungan dan perbincangan ke Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), bertempat di Kompleks Islam Putrajaya, Presinct 3, Putrajaya, Malaysia.

 

Sesi Kunjungan Hormat dan Rundingan Kerjasama ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan integrasi rangkaian dan peluang kerjasama dalam bidang berkaitan zakat, wakaf, wasiat dan Baitul Mal terutama dalam mengenal pasti amalan-amalan terbaik dalam hal ehwal pentadbiran, pengurusan sumber tenaga manusia, struktur organisasi, kewangan, perundangan, mekanisme kutipan dan agihan Zakat Pendapatan dan Zakat Harta, Akreditasi Tauliah Mengajar Ugama dan Program Pengupayaan Asnaf.

 

 Sepanjang sesi lawatan selama sembilan hari tersebut, rombongan akan mengadakan Kunjungan Muhibah dan Rundingan Kerjasama dan membuat tinjauan ke beberapa tempat termasuk Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan [MAIWP], Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) serta anak syarikatnya dan dengan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (PERGAS), Republik Singapura.

 

Tinjauan lawatan dan rundingan kerjasama turut menyasarkan beberapa entiti/anak syarikat Majlis Agama Islam Negeri-Negeri di Malaysia dan Republik Singapura bagi mengadaptasi pelaksanaan urus tadbir struktur organisasi dan fungsi korporat pengurusan Waqaf dan BaitulMal serta meneroka prospek kerjasama dan mendapatkan maklumat eksklusif mengenai projek-projek Waqaf dan Baitul Mal di luar negara, sekali gus dapat mencapai matlamat strategik Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam (BTHMUI) dalam usahanya bagi meningkatkan kualiti dan produktivitinya dalam mengembangkan hartanya melalui horizon pelaburan yang patuh syarak agar sentiasa relevan dengan peredaran zaman, keperluan semasa dan kesesuaian di Negara Brunei Darussalam.

 

Ahli-ahli rombongan adalah terdiri daripada para pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, iaitu Pengarah Perundangan Islam, Awang Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh; Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam, Awang Haji Abdul Aziz bin Haji Akop juga selaku Ketua Kerja; dan Ketua Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Mesyuarat di Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei, Awang Ariffin bin Dato Paduka Haji Abu Bakar.

 

Turut menyertai rombongan, Ketua Sukuk Financing Office, Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Dr. Haji Mohd Aidil Yusrie bin Haji Shari, selaku wakil Ahli Kumpulan Fokus bagi Projek Pemerkasaan Wakaf, KHEU.

 

Manakala BTHMUI diwakili oleh Pengarah BTHMUI, Awang Haji Noor Hadi bin Haji Noor Kaseh; Pengurus Kewangan Kanan, Seksyen Kewangan, BTHMUI, Dayang Siti Norhamizah binti Haji Abdul Hamid;  Pengurus-pengurus Seksyen Pelaburan, Perdagangan dan Pemasaran, BTHMUI, Dayang Siti Norhafizah binti Haji Abu Bakar dan Awang Mohammad Adika bin Mohammad Yusof.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04