FacebookInstagramTwitterContact

 

Zhengzhou: Interactive Exhibitions On The International Museum Day           >>           Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>           'Musyawarah Mastera 2024'           >>           4WD Ambulance Handover Ceremony           >>           Seminar on Reginal Climate Action Collaboration           >>           Haj and Umrah Review Session           >>           Official Visit to the Consulate General of Brunei Darussalam           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Persidangan Tumpu Majukan Ekonomi Digital


 


 February 3rd, 2023  |  12:07 PM  |   199 views

BERAKAS

 

Lebih 300 peserta mengambil bahagian dalam The National Business Conference 2023 yang membawakan tema 'Beyond Recovery : Achieving a Sustainable and Digital Future' yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, hari ini.

 

Persidangan itu bertujuan untuk meneroka bagaimana sektor awam dan swasta boleh bekerjasama dalam sama-sama memajukan ekonomi digital yang mampan dan berusaha ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035.

 

Semasa persidangan tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah turut memberikan ucaptama yang menyatakan bahawa Sektor Bukan Minyak dan Gas telah mencapai pada tahap yang tertinggi iaitu sebanyak BND9.8 bilion pada tahun 2021 dan ia juga dijangka akan terus berkembang dengan lebih mantap pada masa yang akan datang.

 

Sedia maklum bahawa pembangunan Sektor Minyak dan Gas hilir telah terbukti memainkan peranan penting khususnya dalam memacu pertumbuhan dan perkembangan ini, sekali gus menunjukkan bahawa usaha kepelbagaian negara telah membuahkan hasil.

 

Sementara itu, The Chair of The APEC Business Advisory Council Brunei, Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii yang juga selaku Executive Director of LVK Group of Companies, dalam ucapan alu-aluannya meluahkan rasa terima kasih di atas minat yang ketara dalam The National Business Conference ini di mana ia bertujuan untuk membawa semua pihak berkepentingan demi masa depan ekonomi.

 

“Sebagai sebuah negara yang dihubungkan dengan ekonomi global dan disambungkan ke dalam seni bina perdagangan seperti The Regional Comprehensive Economic Partnership yang memainkan peranan penting bagi komuniti perniagaan Brunei dalam memahami arah aliran dan cabaran global serta bagaimana, ia memberi kesan kepada perniagaan kita," ujarnya lagi.

 

“Memacu pertumbuhan ekonomi memerlukan Business Leaders and Policy Makers bagi mendalami ekonomi dengan lebih serius di mana mengejar pertumbuhan ekonomi dengan hanya separuh daripada pasukan merupakan satu strategi yang kalah," ujarnya lagi sambil merujuk kepada perkembangan laporan ABAC-USC Marshall School of Business.

 

Selain itu, The Chair of The ASEAN Business Advisory Council Brunei, Dayang Haslina binti Taib yang juga selaku Pegawai Eksekutif Dynamik Technologies berkata bahawa sudah tiba masanya untuk mengubah para belia untuk menjadi tenaga kerja digital, meletakkan Abode of Peace ini sebagai hab ekonomi digital, Industri Tenaga, Hijau dan Halal sekali gus ke arah ASEAN Net Zero untuk bumi yang lebih baik.

 

“Sudah tiba masanya untuk mengembangkan perkongsian dan kerjasama kami pada peringkat tempatan dan serantau. Terutamanya di Koridor Ekonomi Borneo, kami mempunyai potensi untuk membangun dan menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana di seluruh pulau untuk mengambil bahagian secara lebih aktif dalam perdagangan digital, yang seterusnya membina kemakmuran bersama kami," tambahnya lagi.

 

Persidangan tersebut juga turut memperdengarkan ucapan daripada Secretary-General of the Pacific Economic Cooperation Council, Eduardo Pedrosa yang menekankan bagaimana cabaran global memberi kesan kepada rantau ini seperti inflasi, isu rantaian bekalan dan turun naik nilai mata wang.

 

Dalam perbincangan panel, Timbalan Menteri (Ekonomi), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid berkongsi bahawa ekonomi melihat kepelbagaian yang lebih besar dan menggalakkan komuniti perniagaan untuk menerima digitalisasi.

 

Seterusnya, persidangan tersebut juga turut mendengarkan ucaptama daripada Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha di mana dalam ucaptama Yang Berhormat menjelaskan bahawa Negara Brunei Darussalam diletakkan dalam kedudukan 10 teratas untuk kelajuan rangkaian mudah alih terpantas pada asas global dengan kelajuan muat turun median 102.06 Mbps pada rangkaian mudah alih.

 

“Akan tetapi, ia belum mencukupi untuk Negara Brunei Darussalam dalam usahanya mencapai dan menjadi sebuah negara pintar," jelas Yang Berhormat.

 

“Menjadi sebuah negara pintar bermaksud menggunakan teknologi untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk orang ramai dan masyarakat. Ia melibatkan penggunaan data, perkhidmatan digital dan teknologi berkaitan termaju untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat termasuk, tetapi tidak terhad kepada penjagaan kesihatan, pendidikan dan Perkhidmatan Awam yang lain," jelas Yang Berhormat lagi.

 

Sejurus selepas itu, turut diadakan perbincangan daripada seorang pengekod muda dari United Kingdom, Femi Owolade-Coombes, yang berumur 17 tahun dan berkongsi perjalanan pengekodannya dan cara dia bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk menarik minat golongan muda dalam pengekodan.

 

Beliau menggalakkan golongan muda yang menyertai persidangan tersebut untuk berfikir bukan sahaja tentang melakukan sesuatu di negara ini tetapi berfikir secara global.

 

Persidangan ini merupakan peluang kepada para peserta untuk mendapatkan gambaran yang ketara tentang persekitaran perniagaan untuk tahun hadapan yang akan membantu mereka merancang dan menyediakan serta menjalin rangkaian dengan penceramah dan rakan peserta.

 

The National Business Conference 2023 merupakan salah satu dalam The Brunei Economy Programme, inisiatif oleh The ASEAN and APEC Business Advisory Councils of Brunei dengan kolaborasi bersama Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta 'partnership' dengan Bank Baiduri dan organisasi terkemuka bagi menghubungkan isu global dengan ekonomi Brunei.

 

AIA, Darussalam Enterprise (DARe), Universiti Brunei Darussalam (UBD), Pusat Kajian Strategik dan Dasar (CSPS), Syarikat Penerbangan Diraja Brunei, Radio Televisyen Brunei, Borneo Bulletin dan Media Permata turut menjadi rakan kongsi dalam program tersebut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Stop Threatening Taiwan', Its New President William Lai Tells China

 2024-05-21 00:38:29

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04