FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Memastikan Tahap Kecergasan Terus Konsisten


 


 February 6th, 2023  |  08:46 AM  |   197 views

BERAKAS

 

Kesihatan dan kecergasan adalah faktor dalam menentukan kesejahteraan dalam kehidupan, yang mana tubuh badan yang sihat dan cergas dapat membantu dalam melakukan kerja dengan lebih cekap dan bermutu.

 

Dari faktor tersebut, para atlet yang cergas dari segi fizikal dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial akan dapat dilahirkan, dan semua ini dapat diperolehi dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti melakukan aktiviti kecergasan.

 

Demi mencapai hasrat tersebut, Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, melalui Unit Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan (UKPS), Bahagian Sukan membuat inisiatif bagi meneruskan lagi Program Kecergasan yang telah pun pernah dilaksanakan pada tahun 2021 sebelum penularan wabak COVID-19.

 

Ia merupakan salah satu platform dalam memberi pendidikan dan melatih para atlet untuk menitikberatkan kecergasan dalam kehidupan seharian.

 

Sehubungan itu, JBS melalui UKPS, Bahagian Sukan pagi tadi menganjurkan Program Kecergasan yang dikendalikan oleh Jurulatih Kebangsaan di bawah JBS berserta pengisian-pengisian aktiviti kecergasan.

 

Setiap sesi kecergasan akan dikendalikan oleh Jurulatih Kebangsaan secara bergilir-gilir sebagai pengajar (instructor) bagi program kecergasan tersebut, di mana sesi pertama dikendalikan oleh Jurulatih Kebangsaan Pencak Silat, Haji Andy Zulkarnaen.

 

Seramai 60 atlet kebangsaan dan pelapis di bawah JBS hadir pada sesi pertama yang diadakan di Padang dan Belapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah yang disertai oleh atlet sukan Pencak Silat, Taekwondo, Olahraga, Wushu, Lawan Pedang, Akuatik dan Bola Jaring.

 

Antara objektif program yang ingin dicapai dari pelaksanaan program tersebut adalah untuk mempersiapkan atlet Kebangsaan dan Pelapis Kebangsaan agar sentiasa bersedia dari segi fizikal dalam mengikuti sebarang kejohanan yang akan datang supaya mereka mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan semasa dalam pertandingan.

 

Selain itu, para atlet dapat memiliki tahap kecergasan yang tinggi pada setiap masa; menggalakkan penglibatan yang lebih aktif di kalangan atlet skim JBS; membentuk semangat bekerjasama dan merapatkan hubungan silaturahim sesama atlet, jurulatih dan pihak pengurusan; merangsang minda atlet supaya sentiasa aktif, produktif, inovatif dan bermotivasi; dan membentuk generasi muda yang sihat, cergas dan berdisiplin melalui penglibatan diri dalam aktiviti sukan.

 

Seterusnya, program tersebut dirancangkan sebagai lanjutan, bagi peserta yang telah ikut serta dalam program berkenaan untuk meneruskan mengikuti ke sesi-sesi seterusnya.

 

Program Kecergasan tersebut insyaaAllah akan diadakan sebanyak enam sesi iaitu pada setiap minggu, Ahad sebelum melangkah ke bulan Ramadhan.

 

Setiap sesi kecergasan akan dikendalikan oleh Jurulatih Kebangsaan secara bergilir-gilir sebagai instruktor bagi program kecergasan tersebut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06