FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Keistimewaan Sembahyang Fardu Subuh


 


 February 6th, 2023  |  08:56 AM  |   220 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 'Assolatu Kahirum Minanaum' yang ertinya 'Sembahyang Lebih Baik Daripada Tidur' merupakan tajuk tazkirah pada minggu ini dalam Program Malam Munajat Ke-73 yang disampaikan oleh Pegawai Ugama, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dayang Nurhikmah binti Haji Idris dari Masjid Perpindahan Lambak Kanan.

 

Tazkirah tersebut sinonim dengan Sembahyang Fardu Subuh, antara lain menyentuh mengenai kelebihan dan keistimewaan menunaikan Sembahyang Fardu Subuh.

 

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman di dalam Surah Al-Isra, ayat 78, yang maksudnya, “Dirikanlah sembahyang mulai tergelincir matahari hingga sampai gelap malam dan (dirikanlah) Sembahyang Subuh, sesungguhnya Sembahyang Subuh itu disaksikan (oleh malaikat)".

 

Demikianlah juga hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di mana Baginda bersabda, “Sesiapa yang Sembahyang Isyak Berjemaah, maka dia seolah-olah bangun (bersembahyang) separuh daripada malam dan sesiapa yang Sembahyang Subuh Berjemaah, maka dia seolah-olah telah bangun bersembahyang sepanjang malam".

 

Oleh itu, kepentingan untuk tidur awal dan bangun awal agar tidak luput Sembahyang Subuh mengikut sunnah Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang tidur di awal malam dan bangun mendirikan sembahyang malam (bermunajat) di sepertiga akhir malam.

 

Adapun, beberapa tip atau panduan untuk kita mudah bangun awal supaya kita dapat menunaikan Sembahyang Fardu Subuh termasuk dengan berniat bangun awal sebelum azan Subuh, tidur awal sebelum jam 10.00 malam dan mengamalkan berwuduk sebelum tidur.

 

Malam Munajat pada minggu ini menyaksikan penampilan istimewa jemaah wanita dengan mengundang sama tetamu khas, Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei, Datin Paduka Profesor Dr. Dayang Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman yang memimpin bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah.

 

Turut memeriahkan acara tersebut, para Muslimah dari beberapa masjid di seluruh negara termasuk jemaah Muslimah Masjid Perpindahan Lambak Kanan dan Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL), tenaga akademik serta warga kerja wanita Jabatan Pengajian Islam dan juga KHEU bersama ahli keluarga dari kediaman masing-masing.

 

Sejurus selepas bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, disusuli dengan bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai dipimpin oleh Guru Ugama Terlatih Tingkat Khas, Jabatan Pengajian Islam, KHEU, Dayang Siti Huzzaimah Yadey binti Haji Rosli dari Surau Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Katok.

 

Seterusnya, Doa Munajat dibacakan oleh Penolong Pengarah Hal Ehwal Syariah, KHEU, Dayang Dr. Noryati binti Haji Ibrahim.

 

Sejurus selesai tazkirah, bacaan Selawat Tafrijiyyah dipimpin oleh Dayang Hajah Mahani binti Haji Ibrahim bersama PERBEKAL dari Masjid Perpindahan Lambak Kanan.

 

Bagi memberkati acara Malam Munajat, bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Pegawai Ugama, Jabatan Hal Ehwal Masjid, KHEU, Dayang Muniratussafiah binti Dato Seri Setia Haji Johar.

 

Ikut sama meramai-ramaikan acara Malam Munajat tersebut, isteri Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Nahriah binti Haji Awang Asbi dan isteri Yang Mulia Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Norazimah binti Haji Ramlee.

 

Malam Munajat diteruskan bagi minggu Ke-73 yang dikhususkan untuk wanita buat kali ketujuh anjuran KHEU mengajak orang ramai melipatgandakan amalan seharian dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran, berdoa, berzikir dan beristighfar, semata-mata untuk memohon keampunan, perlindungan, rahmat dan keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Di samping itu, berdoa agar rakyat dan Negara Brunei Darussalam sentiasa terpelihara dari sebarang musibah yang tidak diingini dan Berjaya membendung penularan penyakit merbahaya seperti COVID-19.

 

Orang ramai dipelawa untuk menyertai Malam Munajat dari mana jua mereka berada pada setiap hari Sabtu (malam Ahad) dengan melayari pautan 'https://tiny.cc/munajatkheu' atau melalui Instagram Pusat Da'wah Islamiah '@pdi_kheu'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06