FacebookInstagramTwitterContact

 

1st Brunei International Wushu Championship, Morning           >>           Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'           >>           Slowdown In US Job Growth Revives Rate Cut Talk           >>           Apple Sales Fall In Nearly All Countries           >>           Goldman Sachs Removes Bankers' Bonus Limit           >>           Turkey Halts Trade With Israel Over 'Humanitarian Tragedy' In Gaza           >>           Kyiv Can Use British Weapons Inside Russia – Cameron           >>           NYPD Officer Fired Gun While Clearing Columbia Protest           >>           Russians Sent To Niger Airbase Occupied By US Troops           >>           Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penduduk Kampung Benutan Pilih Calon Ketua Kampung


 


 February 6th, 2023  |  08:57 AM  |   220 views

TUTONG

 

Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Benutan, Mukim Rambai telah diadakan pada hari ini bertempat di Sekolah Rendah Benutan dengan menggunakan kaedah kertas undi.

 

Manakala, pengundian menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK telah pun bermula pada 3 Februari yang lalu.

 

Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Imam Masjid Kampung Benutan, Awang Haji Norsham bin Rosli.

 

Calon tunggal yang layak bagi mengisikan jawatan Ketua Kampung Benutan ialah Awang Haji Hairol Mazlan bin Haji Abdul Razak, berusia 55 tahun pada tarikh pencalonan, yang mana beliau pada masa ini bertugas sebagai Imam Tingkat IV di Kementerian Hal Ehwal Ugama dan juga merupakan Pemangku Ketua Kampung Benutan.

 

Seramai 113 penduduk daripada seramai 121 penduduk yang berdaftar dan layak mengundi telah mengundi calon untuk mengisikan jawatan Ketua Kampung Benutan, yang mana enam orang telah mengundi menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK dan 107 orang menggunakan kertas undi.

 

Majlis Pengundian dan Pemilihan tersebut telah menyaksikan sebanyak 113 undi telah bersetuju, sementara tidak ada undi tidak bersetuju dan undi rosak.

 

Juga hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Mohammad Danial @ Tekpin bin Ya'akub selaku Penghulu Mukim Ukong; Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri selaku Pengerusi Majlis; serta Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Pemangku-pemangku Ketua Kampung di bawah Mukim Rambai berserta penduduk-penduduk kampung.

 

Keputusan Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Benutan akan dihadapkan ke Lembaga Perjawatan, Disiplin dan Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi proses selanjutnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Post Office Lawyer Accused Of 'Big Fat Lie'

 2024-05-04 01:08:16