FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penjenamaan Semula Program Kejuruteraan Petroleum UTB


 


 February 12th, 2023  |  13:47 PM  |   201 views

TUNGKU

 

Menurut Laporan Tahunan Matlamat Pembangunan Brunei Darussalam 2021, Negara Brunei Darussalam mengiktiraf tindakan segera untuk memerangi perubahan iklim dan kesannya.

 

Pendekatan whole of nation terus diguna pakai dalam menangani perubahan iklim dengan beberapa perkembangan dalam bidang ini termasuk Kesedaran dan Pendidikan.

 

Daripada perspektif pendidikan dan dalam menyedari kepentingan menyokong cita-cita global Brunei dalam melaksanakan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Universiti Teknologi Brunei (UTB) mengambil langkah penting dalam mengkaji semula Program Ijazah Kejuruteraan Petroleumnya.

 

Program Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Petroleum UTB kini dijenamakan semula kepada Kejuruteraan Tenaga, memperluaskan skopnya, untuk memasukkan tenaga boleh diperbaharui dan pengeluaran mampan selain petroleum.

 

Program Kejuruteraan Petroleum UTB disenaraikan dalam 10 terbaik di kalangan universiti Asia Tenggara selama dua tahun berturut-turut – memandangkan peralihan tenaga dan pengurangan pelepasan karbon dioksida mendominasi agenda kemampanan global, mempersiapkan pelajar bagi landskap tenaga yang berubah dengan pantas adalah tindakan bijak.

 

"Penjenamaan semula program ini adalah usaha kami sebagai institusi pengajian tinggi berteknologi di negara ini, untuk terus mempersiapkan pelajar kami untuk masa hadapan. Ia adalah matlamat kami untuk menyokong agenda kebangsaan dan global mengenai tenaga bersih," kata Pemangku Dekan Fakulti Kejuruteraan, Pengiran Dr. Seri Rahayu Pengiran Ya'akub.

 

Pengajian empat tahun itu akan ditawarkan kepada bakal pelajar pada tahun akademik 2023/2024 dan khusus dalam pengeluaran, penyimpanan, pengedaran, dan penggunaan sumber yang boleh diperbaharui dan mampan, kata ketua program, Dr. Mohammad Hazwan Azri.

 

Program ini direka dengan teliti untuk diselaraskan dengan trend dan permintaan semasa, dengan menanda aras terhadap universiti terkemuka yang menawarkan program sarjana muda yang setanding dan mempunyai rekod prestasi yang terbukti menghasilkan graduan berkemahiran tinggi.

 

Menurut Ketua Program, penstrukturan semula kurikulum untuk memasukkan sumber tenaga lain selain petroleum mendapat manfaat daripada input pakar akademik dan profesional industri, yang terlibat secara aktif dalam proses reka bentuk.

 

Kursus pengajian bertujuan untuk menyediakan pelajar, dengan pelbagai kebolehan antara disiplin yang menyeluruh yang membolehkan mereka menambah baik, meningkatkan dan meluaskan pemahaman mereka tentang penggunaan tenaga.

 

Dr. Mohammad Hazwan Azri menambah, penglibatan industri akan memainkan peranan penting dalam program ini, dengan wakil industri menyumbang melalui perkongsian pengalaman mereka, menyampaikan kuliah tetamu, dan menyediakan peluang latihan sepanjang kursus empat tahun.

 

BEng (Kepujian) dalam Kejuruteraan Tenaga adalah sebahagian daripada Bidang Program Kejuruteraan Petroleum dan Kimia (PCE) di UTB. Bidang program ini dikendalikan oleh sekumpulan profesional, yang kebanyakannya mempunyai banyak pengalaman dalam pengajaran dan penyelidikan.

 

Pada tahun 2022, kira-kira 30 peratus kakitangan PCE diiktiraf sebagai antara dua peratus saintis teratas dunia, dan lebih 25 peratus memegang status Bertauliah dan/atau Jurutera Profesional yang diiktiraf oleh organisasi profesional antarabangsa.

 

Dengan kakitangan yang berkelayakan tinggi, sumber pembelajaran yang banyak, dan persekitaran pembelajaran yang menyokong, Bidang Program Kejuruteraan Petroleum dan Kimia berusaha untuk menawarkan kualiti pendidikan yang cemerlang kepada pelajar semasa dan bakal pelajar.

 

Selepas menamatkan pengajian BEng (Kepujian) dalam Kejuruteraan Tenaga, para pelajar akan memperoleh kebolehan dan pengetahuan penting yang diperlukan, untuk menjadi jurutera tenaga yang berjaya, dalam pelbagai industri.

 

“Para graduan boleh meneruskan kerjaya dalam sektor seperti minyak dan gas, proses, kimia, elektrik, tenaga boleh diperbaharui, operasi, pengurusan, dan banyak lagi. Jurutera tenaga akan memainkan peranan penting dalam masa depan Brunei, ketika negara membangunkan inisiatif kelestarian ekonomi dan alam sekitar," kata Pengiran Dr. Seri Rahayu.

 

"Kelebihan untuk bakal pelajar kejuruteraan tenaga kami adalah, keupayaan untuk bekerja hampir di mana-mana dalam sektor tenaga kerana kurikulum pelbagai disiplin dan ketat kami.

 

"Ini selaras dengan Wawasan Brunei 2035, memastikan aset kami yang paling berharga - iaitu warganya - berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berkemampuan untuk memenuhi keperluan negara".

 

Beliau menambah : "UTB diharapkan akan berada di barisan hadapan dalam menghasilkan sumber tenaga manusia yang amat diperlukan untuk memudahkan usaha ini."

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06