FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pemenang Musabaqah Tilawatil Qur’an IPT Piala Canselor 2022 Terima Hadiah


 


 February 13th, 2023  |  07:10 AM  |   403 views

GADONG

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menjadi tuan rumah bagi Musabaqah Tilawatil Qur'an Institut Pengajian Tinggi Piala Canselor 2022 yang berlangsung di Dewan Jubli, UNISSA.

 

Majlis Penutup Musabaqah Tilawatil Qur'an petang tadi dihadiri oleh tetamu kehormat Penolong Rektor (Penyelidikan, Antarabangsa dan Perkhidmatan) UNISSA, Dr. Arman bin Haji Asmad, berserta jemputan Khas dari Institut Pengajian Tinggi Brunei Darussalam yang lain, pegawai-pegawai utama UNISSA dan mahasiswa-mahasiswi UNISSA.

 

Sebanyak lapan peserta ikut serta dalam musabaqah ini yang terdiri daripada mahasiswa mahasiswi UNISSA, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Institute of Brunei Technical Education (IBTE) Nakhoda Ragam.

 

Juara pertandingan bagi Kategori Lelaki disandang oleh Awang Abdul Haziq Syarafuddin bin Abdul Habib dari UNISSA, diikuti oleh Awangku Md Ammarul Amsyar bin Pengiran Haji Marjuki dari KUPU SB sebagai naib juara, dan tempat ketiga jatuh kepada Awang Muhammad Nur Hazim Wafiuddin bin Haji Kamaruzaman dari UTB.

 

Sementara juara pertandingan bagi Kategori Perempuan pula disandang oleh Dayang Nur Amal Atiqah @ Aida binti Haji Sudirman dari UNISSA, diikuti oleh Dayang Nurul Haziqah Ikramina binti Awang Haji Matyassin dari UTB, dan tempat ketiga jatuh kepada Dayang Hajah Farizah binti Haji Kampong daripada KUPU SB.

 

Pertandingan ini diharap akan dapat memupuk lagi minat peserta dalam bidang tilawah dan terus mengembangkan lagi bakat yang ada.

 

Musabaqah petang tadi diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada peserta musabaqah yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

 

Ditubuhkan pada tahun 2021, Piala Canselor merupakan sebuah kejohanan pelbagai sukan atau pertandingan antara Institut Pengajian Tinggi (IPT) Brunei Darussalam yang diadakan setiap dua tahun, di mana setiap jenis sukan atau pertandingan akan dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar daripada empat buah IPT, iaitu UTB yang merupakan institut yang mengetuai Chancellor's Trophy 2022, UNISSA, UBD dan KUPU SB dengan sokongan penuh daripada pihak universiti masing-masing.

 

Tujuan utama kejohanan Piala Canselor ini diadakan adalah untuk mendorong perkembangan, perlawanan dan persatuan sukan antara universiti-universiti dan institut-institut pengajian tinggi Brunei Darussalam.

 

Setiap institusi akan mengambil bahagian di dalam pengendalian perlawanan dan sukan yang tersenarai dalam piala canselor tersebut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06