FacebookInstagramTwitterContact

 

NYPD Officer Fired Gun While Clearing Columbia Protest           >>           Russians Sent To Niger Airbase Occupied By US Troops           >>           Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies           >>           Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Haji Norasilin, Husna Juara Qari, Qariah


 


 February 13th, 2023  |  07:30 AM  |   186 views

KUALA BELAIT

 

Jabatan Hal Ehwal Masjid dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait telah mengungkayahkan Musabaqah Membaca Al-Quran Bagi Lelaki dan Perempuan Yang Berumur 40 Tahun Ke Atas Bagi Masjid, Surau dan Balai Ibadat Di Seluruh Negara.

 

Seramai 27 qari dan 17 qariah menyertai Musabaqah tersebut yang telah diadakan selama dua hari di Masjid Mohammad Jamalul Alam, iaitu Khamis, 9 Februari 2023 dan hari ini, diselajurkan dengan penyampaian hadiah.

 

Pada majlis tersebut, qari, Haji Norasilin bin Haji Awang Puting dan qariah, Husna binti Basuri telah dinobatkan sebagai juara setelah berjaya memperoleh markah 92.35 peratus dan 89.75 peratus dalam kategori masing-masing

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Mohammad.

 

Terdahulu, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Bersama Majlis, Haji Akup bin Haji Lamat, Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait.

 

Beliau antara lain menggariskan tujuan pertandingan, iaitu untuk mendukung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah 'Negara Zikir', sekali gus menjadikan rakyatnya celik Al-Quran serta menjadikan masjid sebagai pusat penyebaran dakwah kepada masyarakat umum.

 

Di samping itu juga bagi mencungkil bakat peserta-peserta dalam seni pembacaan Al-Quran secara berlagu dan meningkatkan lagi kualiti pembacaan ke tahap yang terbaik.

 

“Pertandingan bukan hanya dihasrat dapat memupuk semangat para peserta agar suka membaca Al-Quran malahan, dapat menghayati isi kandungan Al-Quran agar disemai di dalam kehidupan beragama, berbangsa dan bernegara," tambahnya.

 

Musabaqah seumpamanya juga diharap akan dapat melahirkan peserta-peserta yang mahir membaca Al-Quran yang boleh ditonjolkan di khalayak ramai sebagai contoh atau role model, sekali gus menjadikan pembacaan Al-Quran itu sebagai amalan dalam kehidupan seharian.

 

Penganjuran Musabaqah tersebut ialah bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39 Tahun dan penganjuran untuk kali kelima.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06