FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Meninjau Muzium Alat Kebesaran Diraja


 


 February 13th, 2023  |  07:35 AM  |   154 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isteri Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam, Puan Le Thi Bich Tran beserta rombongan meneruskan lagi lawatan ke Muzium Alat Kebesaran Diraja, di ibu negara, di sini.

 

Ketibaan Puan Le Thi Bich Tran dan rombongan dialu-alukan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad dan Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.

 

Dalam lawatan tersebut, Puan Le Thi Bich Tran dan rombongan diberikan penerangan pengenalan mengenai Muzium Alat Kebesaran Diraja dan kemudiannya meninjau lebih dekat lagi ke galeri-galeri.

 

Sebelum mengakhiri lawatan, Puan Le Thi Bich Tran menandatangani Buku Lawatan.

 

Muzium Alat Kebesaran Diraja mula dirasmikan pada 30 September 1992 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Bangunan tersebut mengandungi empat galeri iaitu Galeri Pameran Diraja, Galeri Pameran Jubli Perak, Galeri Pameran Sejarah dan Perkembangan Perlembagaan Negara Brunei Darussalam dan Galeri Pameran Alat-Alat Kebesaran Diraja (Perpuspaan, 1968).

 

Bangunan tersebut dibukakan bagi kunjungan orang ramai pada setiap hari kecuali hari-hari kelepasan awam.

 

Waktu-waktu lawatan ialah pada Sabtu hingga Khamis bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang manakala Jumaat bermula jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi dan disambung semula pada jam 2.30 petang hingga 5.00 petang dan masuk adalah percuma.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06