FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kedutaan Republik Islam Iran Adakan Majlis Resepsi


 


 February 13th, 2023  |  07:38 AM  |   127 views

JERUDONG

 

Bagi meraikan Ulang Tahun Kemenangan Revolusi Islam di Republik Islam Iran Ke-44, Kedutaan Republik Islam Iran di Negara Brunei Darussalam (NBD), hari ini, mengadakan Majlis Resepsi yang berlangsung di Royal Berkshire Tarindak D'Polo, Jerudong, di sini.

 

Hadir selaku wakil Kerajaan Negara Brunei Darussalam ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad dan isteri.

 

Kehadiran Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan serta para jemputan khas dialu-alukan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Iran ke NBD, Puan Yang Terutama Homeira Rigi Zirouki.

 

Majlis terdahulu dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan NBD, 'Allah Peliharakan Sultan' dan Lagu Kebangsaan Republik Islam Iran, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat.

 

Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Puan Yang Terutama Homeira Rigi Zirouki di mana Puan Yang Terutama menjelaskan hubungan dua hala antara Republik Islam Iran dan NBD sentiasa berlandaskan persahabatan dan persefahaman bersama serta hubungan persaudaraan yang baik sebagai dua buah negara Islam, telah diperkukuhkan dalam tempoh empat tahun tempoh perkhidmatan PYT.

 

“Mesyuarat rasmi antara kedua-dua buah kerajaan, pertukaran delegasi, mengadakan jawatankuasa dan mesyuarat khusus, komunikasi akademik dan saintifik dan pertumbuhan pertukaran perdagangan antara kedua-dua negara, menunjukkan hubungan baik antara kedua-dua negara Asian-Islam," ujar PYT lagi.

 

“Titik perubahan yang paling penting dalam hubungan antara kedua-dua buah negara ialah peningkatan komunikasi antara rakyat kepada rakyat dan elit akademik dan saintifik kedua-dua negara.

 

“Kerana saya sangat percaya bahawa, pembentukan hubungan 'people to people relationships' merupakan langkah yang efektif ke arah pengiktirafan yang betul bagi sesebuah bangsa,negara, pengukuhan hubungan antara elit saintifik-akademik dan sosial dan pertukaran pengalaman untuk pembangunan dan kemajuan negara mereka, justeru, ia akan memungkinkan untuk mencapai dunia yang lebih indah dengan keamanan dan ketenangan," ujar PYT lagi.

 

“Oleh itu, NBD, dengan kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, telah mencapai kedudukan yang baik dari segi pembangunan dan saya yakin dengan sokongan rakyat, dalam perjalanan ke hadapan, matlamat khusus Wawasan Brunei 2035 akan dapat direalisasikan sepenuhnya dengan jayanya," tambah PYT.

 

Kemuncak majlis ialah memotong Kek Ulang Tahun yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bersama dengan PYT Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Iran ke NBD.

 

Majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil peghargaan kepada media tempatan dan sumbangan derma kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan).

 

Para tetamu yang hadir kemudiannya dialu-alukan untuk menikmati jamuan yang disediakan sambil menyaksikan tayangan video mengenai Republik Islam Iran.

 

NBD dan Republik Islam Iran antara dua buah negara yang mempunyai persamaan dari segi sejarah, budaya dan agama serta mempunyai banyak minat sama yang membuatkan kedua-dua buahnya menjadi lebih rapat dan meningkatkan hubungan serta kerjasama dalam pelbagai aspek.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06