Home > Bahasa Melayu
PM Republik Sosialis Viet Nam Tamatkan Lawatan Rasmi
February 13th, 2023 | 07:44 AM | 158 views
BERAKAS
Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam, Tuan Yang Terutama Pham Minh Chinh dan isteri, Puan Le Thi Bich Tran serta rombongan, hari ini bertolak meninggalkan Bandar Seri Begawan selepas menamatkan Lawatan Rasmi selama dua hari ke Negara Brunei Darussalam.
Sebelum menaiki pesawat khas, Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam melintasi Barisan Kawalan Statik yang terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam dan isteri ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, selaku Menteri Pengiring dan isteri serta Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof dan isteri.
Juga hadir, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Sosialis Viet Nam, Puan Yang Terutama Datin Paduka Malai Hajah Halimah binti Malai Haji Yussof; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sosialis Viet Nam ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Tran Van Khoa dan isteri; Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei dan isteri serta Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan isteri.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]