FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pasar Kitani Tawarkan Pelbagai Jenis Produk Pertanian


 


 February 13th, 2023  |  07:48 AM  |   148 views

GADONG

 

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melalui Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, telah pun secara rasminya mengadakan semula Gerai Hujung Minggu Pasar Kitani sebagai program berterusan yang akan memberikan platform alternatif bagi memasarkan produk hasil keluaran pertanian dari pengusaha dan peladang tempatan dalam usaha untuk mengukuhkan lagi sektor pertanian di negara ini.

 

Sehubungan itu, majlis perasmiannya diadakan pagi tadi dan hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

 

Pasar Kitani sebelumnya telah diberhentikan buat sementara waktu disebabkan oleh pandemik COVID-19, namun setelah langkah-langkah dan prosedur operasi standard mula dilonggarkan, Pasar Kitani diadakan di kawasan Stadium Hassanal Bolkiah dan seterusnya di sekitar kawasan letak kereta di Bangunan KSSUP sebelum dilanda gelombang ketiga COVID-19.

 

Kini Pasar Kitani diadakan semula di lokasi baharu bertempat di Dewan Melati, Pusat Hortikultur Rimba, Gadong dengan tema 'Hasil Segar Peladang Kitani'.

 

Majlis juga diselajurkan dengan penamaan baharu bagi Pusat Hortikultur Rimba, Gadong iaitu sebagai Pusat Agribisnes Rimba, Gadong yang mana penamaan baharu tersebut adalah bagi menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat pemasaran hasil pertanian tempatan yang berkepelbagaian untuk memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk mendapatkan keperluan harian.

 

Pusat tersebut turut menyediakan sebanyak 63 buah petak untuk peladang-peladang yang menjual produk-produk hasil tempatan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, produk ternakan mentah dan produk agrimakanan.

 

Di samping itu, pusat berkenaan juga menawarkan jualan seperti tanaman hiasan serta bahan input pertanian seperti biji benih, baja, kimia pertanian, media tanaman, peralatan-peralatan keperluan pertanian dan jentera pertanian.

 

Dengan pembukaan semula Pasar Kitani, dihasrat dapat memberi peluang kepada para pengusaha dan peladang tempatan untuk meluaskan pasaran dan jaringan perniagaan, serta 'business matching', di samping potensi untuk mengembangmajukan perniagaan pengusaha dan peladang tempatan dan diharap akan meningkatkan keluaran hasil ladang sehingga mampu menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negara Brunei Darussalam.

 

Di samping itu, bagi menyahut seruan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi para pengusaha dan peladang tempatan untuk meningkatkan produktiviti masing-masing, bagi membantu para pengusaha dan peladang tempatan dalam membekalkan hasil segar tempatan berkualiti tinggi terus kepada pelanggan serta sebagai platform untuk berinteraksi terus dengan orang ramai, dan bagi mempromosikan hasil segar dari ladang masing-masing.

 

Jabatan Pertanian dan Agrimakanan juga menyediakan kemudahan-kemudahan seperti restoran dan kafe, 'food trucks' dan pameran hiasan-hiasan landskap dari pengusaha-pengusaha tempatan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Pusat Agribisnes Rimba.

 

Selain itu, bangunan kerajaan khususnya Dewan Simpur juga akan dibukakan untuk penyewaan bagi kegunaan orang ramai mengadakan majlis keagamaan dan majlis keraian.

 

Pasar Kitani diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad, bermula hari ini dari jam 6.00 pagi hingga 5.00 petang.

 

Jika ia mendapat sambutan yang menggalakkan, Pasar Kitani akan dilaratkan berniaga ke setiap hari, mengikut waktu perniagaan yang sama.

 

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap; Ketua-ketua Jabatan; pegawai-pegawai kanan; serta para pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan termasuk jabatan-jabatan di bawahnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06