FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mempertingkatkan Usaha Integrasi Ekonomi Serantau


 


 February 13th, 2023  |  07:53 AM  |   160 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

Negara Brunei Darussalam (NBD) amat menghargai hubungan rapat dengan Republik Sosialis Viet Nam dan mengalu-alukan usaha berterusan untuk meningkatkan penglibatan dalam pelbagai bidang kerjasama termasuk dalam sektor ekonomi dan perdagangan.

 

Pada tahun 2021, Republik Sosialis Viet Nam merupakan pasaran eksport ke-10 terbesar NBD dan seterusnya, aliran perdagangan antara kedua-dua negara meningkat pada 2022, disebabkan peningkatan eksport produk mineral ke negara tersebut.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah berkata demikian semasa Forum Perniagaan di antara Komuniti Perniagaan dan Syarikat Tenaga NBD dan Republik Sosialis Viet Nam sempena Lawatan Rasmi Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam, Tuan Yang Terutama Pham Minh Chính ke Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja, di ibu negara, di sini.

 

Oleh itu tambah Yang Berhormat, Forum Perniagaan tersebut berfungsi sebagai platform yang kondusif untuk kedua-dua negara bertukar pandangan tentang cara membangunkan kerjasama yang akan merealisasikan visi bersama untuk pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran.

 

Sebagai tambahan kepada Forum Perniagaan itu jelas Yang Berhormat lagi, NBD juga menghargai penglibatan bersama Republik Sosialis Viet Nam dalam forum pelbagai hala, yang secara kolektif adalah penting dalam mencapai matlamat bersama pembangunan ekonomi yang berdaya tahan, inklusif dan mampan.

 

Di peringkat serantau dan antarabangsa ujar Yang Berhormat, usaha dalam ASEAN dan APEC serta perjanjian seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) kekal sebagai tonggak penting dalam strategi ekonomi NBD.

 

Menurut Yang Berhormat lagi, NBD akan terus bekerjasama rapat dengan Republik Sosialis Viet Nam ke arah memperdalam usaha integrasi ekonomi serantau, yang seterusnya akan menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing.

 

NBD tambah Yang Berhormat, telah mencapai kemajuan ke arah mencapai Wawasan 2035 dan telah meningkatkan usaha untuk mempelbagaikan ekonomi, menarik lebih banyak Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan meningkatkan penglibatan PPP yang lebih besar dalam projek.

 

Pelan Tindakan Ekonomi NBD terang Yang Berhormat, telah dilancarkan pada Januari 2021 yang menggariskan perjalanan ke arah menjadi sebuah ekonomi yang dinamik dan mampan.

 

Jelas Yang Berhormat lagi, terdapat empat hasil negara yang ingin dicapai oleh NBD, iaitu pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan mampan; kepelbagaian ekonomi; kestabilan makroekonomi; dan kadar pengangguran yang rendah.

 

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Brunei telah membuat perkembangan ketara dalam ekonominya terutamanya dalam sektor bukan minyak dan gas. Sektor ini telah berkembang kira-kira lima peratus secara purata sejak 2019, disumbangkan oleh aktiviti baharu dan pengembangan yang sedia ada.

 

“Sektor Makanan juga telah menyaksikan pertumbuhan pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini terutamanya akuakultur dan penternakan ayam itik. Pembangunan sektor ini, didorong oleh FDI dan syarikat tempatan, adalah penting dalam menggalakkan aktiviti berorientasikan eksport serta menyokong agenda negara dalam memastikan keselamatan makanan," ujar Yang Berhormat lagi.

 

Yang Berhormat seterusnya berkata, NBD akan terus mencari perkongsian yang bermanfaat dengan rakan rapat seperti Republik Sosialis Viet Nam untuk mempelbagaikan ekonominya dan memastikan kemakmuran rakyatnya, termasuk melalui projek kerjasama dalam bidang utama seperti sektor keutamaan iaitu Minyak dan Gas Hiliran, Makanan, Pelancongan, ICT dan Perkhidmatan. Komuniti perniagaan tempatan juga digalakkan untuk meneroka dan mengambil bahagian dalam rantaian nilai serantau dan global, dan meneroka perkongsian perniagaan antarabangsa.

 

NBD jelas Yang Berhormat, berharap dapat bekerjasama rapat dengan Republik Sosialis Viet Nam dalam mengenal pasti peluang ekonomi, dengan matlamat untuk mewujudkan perkongsian bermakna dan berkekalan untuk faedah bersama dan rakyat.

 

Selesai Forum Perniagaan tersebut, Tuan Yang Terutama Pham Minh Chính berserta rombongan berkesempatan untuk menyaksikan pameran di Galeri Satu dan Dua Hab Tenaga Brunei yang menempatkan pameran interaktif kekal, mempamerkan sejarah Industri Minyak dan Gas NBD, dan perjalanan dari masa lalu, kini dan masa depan.

 

Semasa lawatan tersebut, Tuan Yang Terutama telah diberi taklimat oleh wakil dari Brunei Shell Petroleum Sdn. Bhd (BSP) dan Brunei LNG Sdn. Bhd.

 

Galeri Satu membawa tema 'Our Past, Footsteps in Time', yang antara lain mempamerkan sejarah dan cara hidup negara sebelum penemuan minyak dan gas, manakala, di Galeri Dua pula mempamerkan perkembangan industri minyak dan gas masa kini dengan tema 'Our Present, Hands On Hearts'.

 

Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 23 Oktober 2022 dan ia direka sebagai Pusat Pengetahuan Industri Minyak dan Gas untuk orang ramai mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan yang dikongsi dari masa lalu, sekarang dan masa depan.

 

Juga hadir semasa lawatan tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid selaku Menteri Pengiring; Timbalan Menteri Jabatan Tenaga di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06