FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PM Republik Sosialis Viet Nam Adakan Lawatan Ke UBD


 


 February 13th, 2023  |  07:57 AM  |   165 views

TUNGKU LINK

 

Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam, Tuan Yang Terutama Pham Minh Chinh dan isteri, Puan Le Thi Bich Tran serta rombongan mengadakan lawatan ke Universiti Brunei Darussalam (UBD), hari ini.

 

Hadir mengalu-alukan ketibaan Tuan Yang Terutama Pham Minh Chinh dan isteri di Bangunan Tambahan, Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah (PAPRSB), UBD, di sini ialah Pemangku Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman serta isteri dan Naib Canselor UBD, Dr. Hazri bin Haji Kifle.

 

Lawatan TYT dan isteri ke UBD merupakan sebahagian daripada Lawatan Rasmi dua hari ke Negara Brunei Darussalam.

 

Juga hadir, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid dan isteri serta Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sosialis Viet Nam ke Negara Brunei Darussalam (NBD), Tuan Yang Terutama Tran Van Koa dan Isteri.

 

Turut hadir, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Sosialis Viet Nam, Puan Yang Terutama Datin Paduka Malai Hajah Halimah binti Malai Haji Yussof; Menteri-menteri dari Republik Sosialis Viet Nam, pegawai-pegawai kanan dari Negara Brunei Darussalam dan pengurusan kanan serta para pelajar UBD.

 

Sejurus ketibaan, TYT dan isteri memulakan lawatan ke Sesi Kelas Bahasa Viet Nam yang dibimbing oleh Pensyarah Pusat Bahasa Viet Nam, UBD.

 

Pada ketika ini, seramai 52 pelajar mendaftar dalam Modul Bahasa Viet Nam (Tahap 1 dan Tahap 2) di universiti berkenaan di mana modul tersebut ditawarkan sejak setahun lalu.

 

Semasa Sesi Kelas Bahasa dijalankan, TYT berpeluang menyaksikan lebih dekat lagi sesi pembelajaran bahasa tersebut dan seterusnya berinteraksi dengan para pelajarnya.

 

Dari Da Nang, Viet Nam, TYT dan isteri seterusnya berpeluang berinteraksi bersama guru serta para pelajar Pusat Global UBD-FPT melalui sesi persidangan video secara dalam talian.

 

Pusat Global UBD-FPT, Da Nang, Viet Nam merupakan kampus luar negara pertama UBD yang ditubuhkan antara UBD dan FPT University, Viet Nam pada November 2017 bagi kerjasama dalam pengajaran Bahasa Inggeris.

 

UBD adalah universiti ASEAN pertama menubuhkan sebuah kampus di Viet Nam sebagai usaha utama pusat latihan Bahasa Inggeris di rantau ASEAN.

 

Pusat ini menjalankan latihan bagi para pelajar dan pelajar dewasa seperti Perisian FPT bagi pekerja dan jurutera. Sehingga kini, pusat itu telah melatih seramai 7,541 pelajar dan pelajar dewasa.

 

Sejurus selepas itu, Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam kemudian menandatangani buku lawatan UBD, diikuti dengan penyampaian sumbangan buku kepada Naib Canselor UBD.

 

Sebanyak 100 buku dengan 35 tajuk berbeza (dalam bahasa Inggeris dan Viet Nam) meliputi bahasa, linguistik dan budaya Viet Nam disumbangkan ke Perpustakaan UBD.

 

Ia diikuti dengan pertukaran penyampaian tanda penghargaan antara Naib Canselor UBD dan Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam disusuli dengan sesi bergambar ramai.

 

Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam meneruskan lawatan ke Pusat Penyelidikan Botani UBD (UBD BRC) di mana TYT menyempurnakan penanaman Pokok Cotylelobium burckii F.Heim iaitu 'Resak Durian' di taman tersebut bagi memperingati lawatannya ke UBD.

 

Spesies pokok tersebut tergolong dalam Dipterocarpaceae dan boleh ditemui di Hutan Kerangas di mana ia adalah spesies penting endemik Borneo dan kini diklasifikasikan sebagai spesies terancam di bawah Senarai Merah IUCN (Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi).

UBD BRC bertujuan untuk menjalankan penyelidikan translasi ke atas tumbuhan ubatan berbeza yang terdapat di taman tersebut pada ketika ini sebagai penemuan berguna bagi orang awam, pakar herba dan para pelajar.

 

Lawatan TYT dan Isteri serta rombongan diakhiri dengan hidangan ringan di Kafe Herba Simpur, UBD.

 

UBD kini bekerjasama dengan universiti swasta di Viet Nam, FPT University untuk menjalankan Pusat Global UBD-FPT. UBD turut bekerjasama dengan Can Tho University, Vietnam National University Hanoi dan Vietnam National University Ho Chi Minh melalui ASEAN University Network (AUN) dan yang lain melalui keahlian The Asian International Mobility for Students (AIMS) programme and The University Mobility in Asia and the Pacific (UMAP) network.

 

Pada ketika ini terdapat lapan pelajar Sarjana dan PhD warganegara Viet Nam yang belajar di UBD.

 

Republik Sosialis Viet Nam merupakan destinasi terkenal untuk pelajar Discovery Year UBD, dengan lebih daripada 500 pelajar Sarjana Muda memilih untuk belajar, menjalani latihan atau sukarelawan selama satu semester di universiti dan institusi di Viet Nam sejak tahun 2011.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06