FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kerjasama Dua Hala Dalam Pelbagai Bidang Diperkukuhkan


 


 February 13th, 2023  |  08:11 AM  |   269 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman  bagi menghadiri Majlis Persantapan Rasmi bersama Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam, Tuan Yang Terutama Pham Minh Chính dan isteri, Puan Lê Thi Bích Trân beserta dengan ahli-ahli kerabat diraja dan rombongan dari Republik Sosialis Viet Nam.

 

Majlis Persantapan Rasmi dimulakan dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Semasa Majlis Persantapan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah, di mana baginda mencerminkan Lawatan Rasmi Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Republik Solialis Viet Nam ini sebagai bukti kukuhnya hubungan diplomatik yang telah ditubuhkan antara Negara Brunei Darussalam (NBD) dan Republik Sosialis Viet Nam sejak 30 tahun yang lalu.

 

Sejak Viet Nam menjadi sebahagian daripada keluarga ASEAN di Bandar Seri Begawan pada tahun 1995, ia telah menjadi salah sebuah negara ekonomi yang paling pesat berkembang di rantau ini.

 

Ke arah ini, baginda memuji pencapaian cemerlang Viet Nam termasuk Program Transformasi Digital Nasional, dan menyatakan bahawa pemeteraian Pelan Tindakan adalah tepat pada masanya dalam mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan membantu persediaan dalam menghadapi era gangguan dan ketidaktentuan global.

 

Meskipun berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19, baginda menzahirkan kegembiraan kerana kedua-dua buah negara dapat meneruskan kerjasama dua hala dalam bekalan tenaga sekali gus menghasilkan perdagangan yang melangkaui sasaran 500 juta dolar AS yang telah ditetapkan pada tahun 2017.

 

Oleh itu, NBD berminat untuk terus mengembangkan lagi hubungan perdagangan, khususnya melalui usaha sama dalam akuakultur bagi membantu membina kapasiti industri tempatan dan memastikan keselamatan makanan.

 

Di samping itu, hubungan dalam bidang pendidikan yang berterusan antara Universiti Brunei Darussalam dan Universiti FPT di Da Nang, serta pelaksanaan pengecualian visa, akan mendekatkan lagi rakyat serta memudahkan pergerakan barangan dan perkhidmatan.

 

Dalam mengakhiri titah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menghulurkan penghargaan kepada Viet Nam yang memberi sokongan kepada NBD selaku Pengerusi ASEAN pada tahun 2021, dan berharap untuk bekerjasama ke arah mencapai Wawasan Komuniti ASEAN Pasca 2025.

 

Selain itu, baginda juga menyampaikan ucapan tahniah kepada Viet Nam yang terpilih untuk menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menzahirkan keyakinan terhadap sumbangan Viet Nam dalam menangani isu-isu hak asasi manusia.

 

Sejurus itu, diikuti dengan ucapan balas daripada TYT Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam, yang menzahirkan rasa syukur atas hubungan mesra yang telah lama terjalin antara kedua-dua buah negara dan mengucapkan tahniah kepada NBD atas pencapaiannya di bawah pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Dalam pada itu, TYT juga melahirkan keyakinan bahawa Brunei akan dapat mencapai peralihan ekonomi dan Wawasan 2035.

 

Dalam usaha ke arah mempelbagaikan kedua-dua buah negara ekonomi, TYT menekankan bahawa pemeteraian Plan of Action for the Implementation of the Comprehensive Partnership (2023 - 2027) akan memberi laluan kepada peluang yang lebih besar yang akan dapat meningkatkan lagi kerjasama antara kedua-dua buah negara.

 

TYT seterusnya menghargai sokongan aktif Brunei dalam forum pelbagai hala seperti APEC dan PBB serta berharap supaya persahabatan yang berterusan ini akan lebih kukuh ke arah membina Komuniti ASEAN.

 

TYT dan isteri, serta rombongan berada di negara ini bagi mengadakan Lawatan Rasmi ke NBD selama dua hari.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06