Home > Bahasa Melayu
Abdul Naim Juara Beyblade 'Right Spin Attack'
February 13th, 2023 | 15:22 PM | 242 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Underground Beys (UG) berjaya memintas Santai Aja Bladers (SA) dengan kelebihan satu mata pada Liga Beyblade Brunei Darussalam (LBBD) setelah pemain mereka, Abdul Naim bin Haji Muhd Yussof dari UG berjaya menduduki tempat pertama dan kedua sekali gus memperolehi lima mata pada Perlawanan Beyblade 'Right Spin Attack' anjuran UG Spartan yang diadakan di Jalan Binglu, Perumahan Kampung Meragang.
Manakala di tempat ketiga disandang oleh Haji Rosaimi bin Haji Lamit dari Ghostbeys (GB) sementara di tempat keempat dimenangi oleh Mohammad Runi bin Haji Mohid.
Hadiah sagu hati masing-masing dimenangi oleh UG Mohd Runi, UG Dani, UG Massuny dan GB Haji Rosaimi.
Saingan LBBD ketika ini semakin mendebarkan dengan UG berjaya menduduki carta liga dengan kelebihan satu mata, iaitu sebanyak 116 mata diikuti SA dengan kutipan mata sebanyak 115 dan Jakusha Bladers dengan kutipan sebanyak 91 mata.
Dalam perebutan LBBD berkenaan, sebanyak enam pasukan menyertainya, iaitu Jakusha Bladers (JB); UG; GB; SA; Beyblade Community Brunei dan Hageishi Bladers.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]