Home > Bahasa Melayu
Penyertaan Musabaqah Peringkat Saringan Dibukakan
February 14th, 2023 | 07:22 AM | 120 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan (JBS) akan menganjurkan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1444H / 2023M Peringkat Saringan pada 10 hingga 13 Mei 2023.
Penyertaan musabaqah berkenaan terbuka kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap yang memegang kad pintar berwarna ungu serta tidak memegang pasport negara-negara asing dan hendaklah berumur di antara 15 hingga 30 tahun yang lahir di antara 1 Januari 1993 hingga 31 Disember 2008 serta tidak pernah menjadi johan pertandingan-pertandingan seperti Majlis Tilawah Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa anjuran Kerajaan Malaysia atau Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara anjuran KKBS.
Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan Peringkat Separuh Akhir akan diadakan pada 11 Jun 2023 dan peringkat akhir pada 22 Jun 2023.
Pendaftaran boleh diisi secara dalam talian (Google Form) di 'https://tinyurl.com/MTQBK-2023.
Tarikh tutup penyertaan ialah pada Khamis, 5 Ramadan 1444H bersamaan 27 Mac 2023.
Bagi mendapatkan keterangan lanjut, sila hubungi urus setia musabaqah melalui talian +673 2381903/4/5 sambungan 1301/1304 atau + 673 8938011 dan melalui e-mel '[email protected]'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]