FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bincang Kemajuan Pelan Induk Digital ASEAN 2025


 


 February 14th, 2023  |  07:52 AM  |   230 views

BORACAY, REPUBLIK FILIPINA

 

The 3rd ASEAN Digital Ministerial Meeting (ADGMIN) diadakan baru-baru ini di Boracay, Republik Filipina pada 9 hingga 10 Februari 2023.

 

Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, menghadiri mesyuarat ADGMIN ke-3 dan mesyuarat rakan dialog ASEAN yang berkaitan dengan China, Jepun, Republik Korea, India, Amerika Syarikat dan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (International Telecommunications Union-ITU).

 

Dengan tema 'Synergy towards a Sustainable Digital Future', mesyuarat ADGMIN kali ke-3 dipengerusikan oleh Setiausaha Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (DICT), Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Ivan John E. Uy.

 

Mesyuarat berkenaan antara lain membincangkan kemajuan Pelan Induk Digital ASEAN 2025 (ASEAN Digital Masterplan 2025-ADM 2025) serta kemas kini daripada kumpulan kerja di bawah bidang kuasa ADGMIN.

 

Dalam bertukar-tukar pandangan mengenai pembangunan sektor digital dalam ASEAN, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi Negara Brunei Darussalam (NBD) mengongsikan bahawa kita kini berada dalam era digital dinamik dengan rentak perubahan teknologi yang semakin pesat mengubah perniagaan dan masyarakat.

 

Ini tambah Yang Berhormat membawa bersamanya banyak peluang untuk pertumbuhan dalam ekonomi digital kita.

 

Yang Berhormat juga turut mengakui keperluan untuk memanfaatkan integrasi dan perkongsian serantau ASEAN dalam meningkatkan akses Negara Anggota ASEAN kepada amalan dan strategi terbaik untuk mengubah rantau ini menjadi komuniti digital yang dikuasakan oleh perkhidmatan digital, teknologi dan ekosistem yang selamat dan transformatif.

 

Mesyuarat mengalu-alukan kemajuan yang dicapai pada tahun kedua ADM 2025 dan menggalakkan Negara Anggota ASEAN untuk terus bekerjasama dan melaksanakan perjalanan transformasi digital berpusatkan rakyat.

 

Ini termasuk pembangunan berterusan dan pelaksanaan program dan projek untuk menambah baik dasar ICT dan rangka kerja kawal selia berdasarkan amalan terbaik dan piawaian antarabangsa.

 

Dalam meninjau kemajuan pelan kerja dan projek pegawai kanan dan kumpulan kerja, para menteri dengan sukacitanya mengambil maklum tentang pelbagai kemajuan yang dicapai. Antaranya termasuk penyiapan Rangka Kerja Garis Panduan ASEAN mengenai Kualiti Pengalaman (Quality of Experience-QoE) yang diterajui oleh NBD.

 

Mesyuarat berkenaan juga turut mengalu-alukan usaha Negara Anggota dalam melaksanakan langkah keselamatan siber yang dipertingkatkan selaras dengan Strategi Kerjasama Keselamatan Siber ASEAN 2021-2025 memandangkan peningkatan serangan dan ancaman keselamatan siber global baru-baru ini.

 

Mesyuarat berkenaan juga mengiktiraf keperluan untuk mengukuhkan kerjasama dan program yang bertujuan membangunkan analisis, kecerdasan buatan (Artificial Intelligence-AI), dan kemahiran digital yang penting untuk mengisi jurang bakat dan kemahiran di rantau ini.

 

Mesyuarat diakhiri dengan menerima pakai Deklarasi Digital Boracay yang menyeru kepada transformasi digital yang mampan yang berpaksikan rakyat, selamat, terjamin dan relevan dengan keperluan pengguna akhir dan pelbagai pihak berkepentingan.

 

Ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan penggunaan perkhidmatan dan penyelesaian e-kerajaan yang boleh menghubungkan perniagaan, dan menyokong inovasi untuk model perniagaan baharu dalam memudahkan perdagangan rentas sempadan dan akses mampu milik.

 

Sebelum Mesyuarat ADGMIN Ke-3, Pegawai-pegawai Kanan Negara Anggota ASEAN menghadiri 3rd ASEAN Digital Senior Official Meetings (ADGSOM) dari 7 hingga 8 Februari 2023.

 

NBD diketuai oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), MTIC, Awang Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim, atas kapasitinya sebagai pemimpin ADGSOM NBD.

 

Turut hadir, Ketua Eksekutif,  Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI), Awang Haji Jailani bin Haji Buntar; dan pegawai kanan dari MTIC dan AITI.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41