FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


12 Peserta Memperdengarkan Bacaan Al-Quran


 


 February 15th, 2023  |  06:58 AM  |   223 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 Seramai 12 peserta Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah dalam Kategori 'E' memperdengarkan bacaan mereka hari ini yang berlangsung di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di sini.

 

Dari jumlah tersebut, 10 lelaki dan dua perempuan bertanding dalam kategori berkenaan iaitu Menghafaz 30 Juz Al-Quran, daripada Juz 1 hingga Juz 30 Berserta Pemahaman Surah Al-Mujadilah, Surah Al-Hashr, Surah Al-Mumtahanah, Surah As-Saff, Surah Al- Munafiqun, Surah At-Taghaabun, Surah At-Talaq dan Surah At-Tahrim.

 

Manakala pada sebelah petang, musabaqah memperdengarkan hafazan daripada 12 peserta dalam Kategori 'D' iaitu Menghafaz 15 Juz Al-Quran, daripada Juz 1 hingga Juz 15 Berserta Pemahaman Surah Maryam, Surah Thaha, Surah Al-Anbiya dan Surah Al-Hajj.

 

Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan itu akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga 16 Februari 2023.

 

Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya merupakan salah satu projek tahunan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS bagi menyemarakkan Hari-hari Kebesaran Islam dan ia merupakan antara pengisian dalam atur cara Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara yang diadakan pada setiap tahun.

 

Pada tahun ini, Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya disertai seramai 60 peserta yang dibahagikan kepada lima kategori iaitu Kategori 'A', 'B', 'C', 'D' dan 'E'.

 

Sementara itu, Kategori 'A' adalah Menghafaz 1 juz iaitu Juz 30 Berserta Pemahaman Juz 30, dan Kategori 'B' pula Menghafaz Surah-Surah Pilihan iaitu Surah Al-Jumu'ah, Surah Luqman, Surah As-Sajdah, Surah Ar-Rahmaan, Surah Al-Waqi'ah, Surah Al-Mulk, Surah Al-Insaan, Surah Yaa Siin dan Surah Al-Jinn Berserta Pemahaman Surah Al-Kahfi dan Surah An-Nur, dan Kategori 'C' Menghafaz Surah Al-Baqarah dan Surah Ali-'Imraan Berserta Pemahaman Surah An-Nisa dan Surah Al-Maa'idah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06