FacebookInstagramTwitterContact

 

East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>           RB Corporate Hari Raya Celebration           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tanai Tanggungjawab, Perkukuh Institusi Mukim, Kampung


 


 February 15th, 2023  |  07:34 AM  |   148 views

BERAKAS

 

Penyandang jawatan Penghulu dan Ketua Kampung yang telah dilantik hendaklah individu-individu yang berkebolehan membawakan kepimpinan yang berkesan dan berkualiti kepada anak buah masing-masing di mukim dan di kampung.

 

Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Abdul Walid bin Haji Matassan berkata, kepimpinan ini adalah penting dalam sama-sama menangani cabaran 'monumental', iaitu cabaran merealisasikan Wawasan Negara 2035.

 

“Wawasan Negara 2035 pula telah menggariskan tiga matlamat utama iaitu dengan memberikan penekanan kepada menjana transformasi negara supaya akan dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat dan penduduk yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya; mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi serta mempunyai ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.

 

“Dalam menjayakan Wawasan Brunei 2035, perlu diingat bahawa ia bukanlah tanggungjawab tunggal kerajaan sahaja atau sesebuah kementerian atau jabatan malah ia merupakan tanggungjawab bersama semua rakyat dan penduduk Brunei," jelasnya semasa menyampaikan ucapan selaku tetamu kehormat pada Majlis Penyampaian Sijil Lantikan Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung Daerah Brunei dan Muara (DBM), di Dewan Theater, Jabatan DBM, di sini.

 

Pelaksanaan Wawasan Brunei 2035, ujar beliau, akan dizahirkan melalui program, inisiatif dan projek-projek termasuk Projek Rancangan Kemajuan Negara (RKN) di semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi-agensi yang berkepentingan, yang juga melibatkan peranan Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung sebagai pemimpin di peringkat akar umbi.

 

“Dihubungkan peranan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung untuk mencapai matlamat kualiti kehidupan yang tinggi bagi semua lapisan masyarakat pada masa hadapan, beberapa inisiatif dan program dapat diungkayahkan pada misalnya mengekalkan persekitaran yang hijau di mukim dan kampung di bawah jagaan masing-masing dan memastikan kawasan kampung sentiasa bersih dengan mengadakan kempen-kempen kebersihan secara terancang dan berterusan.

 

“Selain itu, memastikan keselamatan persekitaran dan keselamatan negara dengan mengawasi persekitaran kampung dan terhindar daripada aktiviti jenayah adalah juga merupakan inisiatif-inisiatif yang perlu dilaksanakan untuk mencapai matlamat kualiti kehidupan yang tinggi di masa hadapan," katanya.

 

Beliau menambah, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung juga mempunyai peranan yang signifikan untuk sama-sama mencapai matlamat-matlamat negara untuk mempunyai ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan menjelang Tahun 2035

 

“Antara inisiatif yang boleh menjayakan wawasan ini ialah melalui projek Satu Kampung Satu Produk (1K1P) di mana jika projek ini benar-benar diusahakan maka ia bukan sahaja boleh meningkatkan sara diri masyarakat melalui aktiviti perekonomian tetapi juga memberikan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk kampung.

 

“Bagi mencapai objektif rakyat dan penduduk yang berpendidikan tinggi, berkemahiran dan berjaya, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung berperanan sangat penting dalam memastikan dan mendorong golongan anak-anak kampung di kampung masing-masing akan dapat mencapai pendidikan yang sewajarnya. Ini kerana mereka adalah generasi yang akan menjadi pewaris kepimpinan dan merupakan tonggak kekuatan masa depan negara," katanya.

 

Terdahulu, beliau berkata, peranan Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung pada hari ini telah berubah dengan jelas, iaitu selari dengan perubahan Skim Perkhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung yang telah dikuatkuasakan bermula pada 1 April 2015.

 

Tujuan utama Skim Perkhidmatan ini ialah bagi mempertingkat, memperkukuh dan memantapkan lagi kewibawaan, mutu atau kualiti kepimpinan serta keberkesanan Institusi Penghulu dan Ketua Kampung sebagai teras kepimpinan akar umbi.

 

Dengan erti kata yang lain, Institusi Penghulu dan Ketua Kampung yang diakui atau diiktiraf sebagai teras kepimpinan akar umbi yang berwibawa adalah perlu sentiasa diperkukuh dan dimantapkan demi menjamin kepimpinan yang bermutu lagi berkesan di peringkat akar umbi.

 

Tetamu kehormat kemudian menyempurnakan penyampaian Sijil Lantikan kepada dua Penghulu Mukim dan 16 Ketua Kampung.

 

Penghulu yang menerima sijil lantikan pada majlis itu ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin selaku Penghulu Mukim Tingkat III, Mukim Lumapas dan Penghulu Mukim Tingkat III, Mukim Zon 2 Kampong Ayer, Awang Raimi bin Awang Rashid.

 

Sementara itu, ketua-ketua kampung yang menerima sijil lantikan terdiri daripada Ahli-ahli MMN, iaitu Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed selaku Ketua Kampung Tingkat I, Kampung Putat; Yang Berhormat Awang Muhamad Ali bin Tanjong selaku Ketua Kampung Tingkat I, Kampung Lumapas 'B'; Yang Berhormat Haji Daud bin Jihan selaku Ketua Kampung Tingkat I, Kampung Belimbing; dan Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat selaku Ketua Kampung Tingkat III, Kampung Subok.

 

Turut menerima sijil lantikan ialah Ketua Kampung Tingkat I, Kampung Junjongan, Awang Haji Tamam @ Haji Ahmad Shah Tamami bin Haji Timbang; Ketua Kampung Tingkat I, Kampung Menglait, Awang Haji Othaman bin Haji Patra; Ketua Kampung Tingkat I, Kampung Sungai Tilong, Pengiran Haji Ruzaini bin Pengiran Haji Shahbuddin; Ketua Kampung Tingkat I, Kampung Perpindahan Mata-Mata, Pengiran Muhammad Nurramzu Nasri bin Pengiran Haji Mohd Salleh; Ketua Kampung Tingkat I, Kampung Jaya Setia, Jaya Bakti dan Burong Pingai, Abdul Hafiz bin Haji Abdul Manan; Ketua Kampung Tingkat III, Kampung Pulau Baru-Baru, Sungai Bunga, Tanjong Kindana, Awang Zaini bin Haji Salleh; Ketua Kampung Tingkat III, Kampung Kapok, Awang Shahminan bin Haji Abdul Rahman; Ketua Kampung Tingkat III, Kampung Kiulap, Haji Hassan bin Haji Mohammad; Ketua Kampung Tingkat III, Ketua Kampung Menunggol, Haji Ibrahim bin Haji Osman; Ketua Kampung Tingkat III, Ketua Kampung Kawasan 2, RPN Lambak, Awang Haji Omar bin Haji Sapar; Ketua Kampung Tingkat III, Ketua Kampung Lambak 'B', Pengiran Jofri Bin Pengiran Haji Zaidi, dan Ketua Kampung Tingkat III, Ketua Kampung Kilanas, Haji Mohammad Ameerolbahrynee bin Haji Abdul Hamid.

 

Majlis disusuli dengan Bacaan Ikrar dan Majlis Menandatangani Ikrar oleh Yang Berhormat Ahli-ahli MMN, Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung.

 

Seterusnya ialah perasmian papan-papan tanda Penghulu Mukim dan Ketua Kampung yang dilantik di perkarangan kediaman masing-masing, disempurnakan oleh tetamu kehormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06