FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Fokus Pelaksanaan Inisiatif Bagi Pertumbuhan Ekonomi Negara


 


 February 15th, 2023  |  07:46 AM  |   202 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) mengadakan sesi muzakarah bersama Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang berlangsung di Dewan Setia Pahlawan, KSSUP.

 

Hadir pada sesi muzakarah tersebut ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

 

Seramai 18 Ahli MMN yang diketuai oleh Yang Berhormat Dr. Awang Haji Mahali bin Haji Momin pada sesi muzakarah berkenaan.

 

Sesi muzakarah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, yang antara lain mengongsikan mengenai hala tuju strategik serta fokus utama KSSUP dalam meningkatkan keluaran industri sumber-sumber utama dan pelancongan.

 

Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dalam ucapannya menyatakan bahawa dengan negara kini sudah pun berada dalam Fasa Endemik dan dengan adanya pelonggaran terhadap beberapa lagi langkah pengawalan bagi membendung penularan wabak COVID-19 pada tahun lepas, ia sedikit sebanyak telah memberikan kelegaan kepada para pengusaha, petani, penternak dan nelayan, bagi meneruskan usaha, dalam keadaan 'norma baharu', ke arah menggiatkan aktiviti-aktiviti dan meningkatkan hasil keluaran perusahaan dan perladangan masing-masing, serta sumbangannya kepada pertumbuhan ekonomi negara, peningkatan eksport dan jaminan sekuriti makanan.

 

Pihak KSSUP melalui jabatan-jabatan yang berkenaan, akan terus melaksanakan inisiatif, program dan projek yang telah dan sedang dilaksanakan pada masa ini dan terus mengenal pasti serta memikirkan strategi-strategi serta inisiatif-inisiatif dan program-program baharu, bagi mendukung usaha dalam merealisasikan visi dan misi serta hala tuju strategik kementerian berkenaan.

 

“Visi dan misi serta hala tuju KSSUP akan dapat direalisasikan dengan memberikan fokus utama kepada perancangan dan perlaksanaan program dan inisiatif yang menjurus kepada usaha-usaha untuk mendukung pertumbuhan serta peningkatan keluaran industri di bawah sektor makanan, iaitu keluaran dari sektor pertanian dan juga keluaran dari sektor perikanan," tambah Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

 

Penekanan ini katanya, adalah selaras dengan Peta Jalan Industri Makanan (Food Industry Roadmap), yang memfokuskan kepada meningkatkan keluaran makanan yang berkualiti, halal dan selamat dari industri keluaran utama (primary production industry) seperti keluaran hasil industri ternakan dan industri tanaman bagi sektor pertanian; dan industri penangkapan ikan dan akuakultur bagi sektor perikanan, dan keluaran dari aktiviti-aktiviti industri pemprosesan dan nilai tambah berasaskan hasil pertanian dan perikanan.

 

Ini juga termasuk mengukuhkan keseluruhan ekosistem rangkaian nilai (value chain) yang berkaitan dengan industri ini.

 

Seterusnya, menyentuh mengenai eksport pula, Kementerian telah berjaya mengeksport beberapa produk hasil pertanian seperti 'musk melon' dan perikanan seperti udang dan ikan beku keluar negara, dan yang terkini adalah kejayaan mengeksport telur ayam ke Singapura buat yang julung kalinya, di mana pada 1 Februari 2023 yang baru lalu, sekitar 300,000 biji telur ayam telah berjaya dieksport ke Singapura dan ini akan terus dipertingkatkan.

 

Di samping usaha-usaha ke arah meningkatkan perkembangan industri sektor makanan, fokus seterusnya adalah menjurus kepada usaha-usaha untuk memenuhi keperluan serta kepentingan terhadap pembangunan dan pemuliharaan sumber hutan.

 

Dalam perkara ini, pihak Kementerian melalui Jabatan Perhutanan, akan terus memastikan agar usaha-usaha dalam membangun, melindungi serta memulihara sumber hutan negara akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan agar aktiviti-aktiviti pembangunan negara adalah selaras dengan konteks pembangunan yang mampan (sustainable development).

 

Pada masa yang sama bagi mendukung perlaksanaan inisiatif 'protokol hijau' di bawah Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Di samping itu, pihak Kementerian juga akan terus mengenal pasti langkah-langkah dan pendekatan-pendekatan yang inovatif bagi meningkatkan keluaran dari industri perhutanan, dan bagi meraih faedah serta manfaat ekonomi yang dapat diterokai melalui 'carbon trading'.

 

“Seterusnya fokus terakhir adalah bagi mendukung pemajuan dan pembangunan industri pelancongan di negara ini dengan memfokuskan kepada pembangunan, pengukuhan serta mempromosikan produk-produk pelancongan berteraskan kebudayaan (culture), pengembaraan/aktiviti lasak (adventure) dan juga alam semula jadi (nature); di samping memastikan kualiti infrastruktur serta pemberian perkhidmatan pelancong akan terus dipertingkatkan untuk menarik serta meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke negara ini," jelas Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

 

Sesi muzakarah diteruskan dengan taklimat mengenai pencapaian terkini keluaran kasar sektor sumber-sumber utama dan pelancongan serta hala tuju strategik KSSUP bagi tempoh 2023-2028 yang disampaikan oleh Setiausaha Tetap, KSSUP, Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab dan diikuti dengan sesi perbincangan dan soal jawab.

 

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Tetap I, Awang Haji Mohd Yusree bin Haji Junaidi; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap II, Dayang Noralinda binti Haji Ibrahim; Pengarah-pengarah Jabatan dan Ketua-ketua Bahagian serta Pegawai-pegawai Kanan kementerian berkenaan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06