FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Memupuk Amalan Gaya Hidup Sihat


 


 March 3rd, 2023  |  12:08 PM  |   153 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam usaha untuk menggalakkan semangat kompetitif kesihatan, di samping meningkatkan kesedaran pengamalan gaya hidup sihat, sebahagian pelajar program Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) mengelolakan sebuah program riadah.

 

 Program yang dinamakan 'Ujian Kecergasan' itu melibatkan seramai 30 penuntut asrama Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan telah berlangsung kelmarin di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan.

 

Acara dihadiri oleh tetamu jemputan, Pensyarah Pusat Ilmu Teras KUPU SB, Awang Mohammad Amirol bin Abdul Rahim, dan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah.

 

Setelah itu diteruskan dengan penyampaian taklimat oleh Pengerusi Bersama program, Awang Ahmad Zul Eizzy bin Dato Seri Setia Haji Mohd. Zaimi, yang kemudian mengetuai ahli jawatankuasa kerja dan penuntut yang terlibat dalam sesi pemanasan badan.

 

 Ujian Kecergasan menghimpunkan lima aktiviti fizikal ringan dan dilaksanakan mengikut susunan iaitu larian 100-meter, 'push-up', 'sit-up', 'plank' dan 'jumping jack'.

 

 Mata diberikan kepada para pelajar berdasarkan pencapaian di dalam setiap aktiviti.

 

 Sebelum aktiviti dimulakan, Indeks Jisim Badan (Body Mass Index, BMI) pelajar juga diukur dan mata diberikan berdasarkan ukuran BMI setiap pelajar.

 

 Dalam sesi temu bual, Pengerusi Bersama Program, Dayang Nurul Aqilah binti Zakaria, menyatakan rasa teruja mengendali program seumpama ini kerana, di samping menggalakkan pelajar untuk mengamalkan aktiviti berorientasi kesihatan, program tersebut juga berupaya memberi inspirasi kepada pelajar lain untuk turut sama bergiat aktif mempraktikkan pola hidup cergas.

 

Penilaian pula akan mencabar minda pelajar sekali gus menggalakkan diri mereka dan pelajar lain untuk sama-sama memvariasikan kegiatan fizikal yang mereka amalkan.

 

Pengendali dan ahli jawatankuasa acara Ujian Kecergasan berkenaan merupakan ahli-ahli Kumpulan 3 Halaqah kursus tawaran Pusat Ilmu Teras, IT51204 Pengurusan Kokurikulum, program Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah (DPuLI) KUPU SB yang dimandatkan untuk mengelola sebuah program kokurikulum.

 

 Pengelolaan acara tersebut adalah tugasan wajib yang bermatlamat mengembangkan potensi akademik dan kemahiran insaniah, di samping memupuk semangat kejayaan, kerjasama dan dinamik, serta mempersiapkan para pelajar Program DpuLI dengan tatacara pengurusan acara-acara rasmi di dalam kerjaya perguruan nanti.

 

Acara ditutup dengan Sesi Penyampaian hadiah galakan kepada pelajar-pelajar yang mengumpul mata tertinggi.

 

Mengambil inspirasi pepatah Arab 'akal yang sihat terletak pada badan yang sihat', melalui program Ujian Kecergasan ini pelajar diharap dapat sentiasa menggabung jalinan manfaat riadah kepada tubuh badan dengan kecerdasan minda dan fikiran.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06