FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Simposium Kesusasteraan Kebangsaan 2023 Labuh Tirai


 


 March 3rd, 2023  |  12:09 PM  |   233 views

BERAKAS

 

Simposium Kesusasteraan Kebangsaan 2023 bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD) Ke-39, Tahun 2023, yang telah berlangsung selama dua hari, bermula kelmarin, menutup tirainya petang tadi pada Majlis Penutup yang diadakan di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

 

Ketua 1 Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI), Profesor Ampuan Dr. Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah, dalam ucapannya berkata, sebanyak 13 buah kertas kerja telah disampaikan oleh 13 pembentang pada simposium itu termasuk kertas kerja utama yang membincangkan 'Meruah Kewatanan dalam Karya Naratif Brunei' yang disampaikan oleh Profesor Haji Hashim bin Haji Abdul Hamid.

 

Menurut beliau, pembentangan dan perbincangan dalam simposium ini memperlihatkan bahawa semangat kebangsaan orang Brunei begitu kental, yang digambarkan dalam karya-karya sastera mereka.

 

Semangat nationalisme, tambahnya, juga telah dikupas dan diperincikan dengan pandangan bahawa semangat kebangsaan itu termasuk dalam nila-nilai kebruneian yang memperlihatkan sikap orang Brunei yang mencintai negara, agama dan Raja.

 

Sikap demikian, katanya, membentuk jati diri orang tempatan dalam menjalani kehidupan sejak dahulu lagi dan menjadi tonggak kepada nilai-nilai kebruneian.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penutup tersebut dan seterusnya menyampaikan Lafaz Penutupan Simposium Kesusasteraan Kebangsaan 2023 ialah Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan.

 

Sementara itu, Pembentangan Resolusi disampaikan oleh Ahli ASTERAWANI, Dr. Hajah Dayang Fatimah binti Haji Chuchu, yang antara lain menyenaraikan beberapa tindakan penting bagi mengetengahkan karya-karya yang berunsurkan kewatanan, kecintaan kepada bangsa dan negara.

 

Ia termasuk mengkaji karya-karya terawal yang mengangkat nilai-nilai nasionalisme agar perjuangan para penulis yang masing-masing memperlihatkan semangat patriotik, perjuangan orang Brunei dan sejarah bangsa melalui penulisan, termasuk, Pengiran Shahbandar (Penulis Syair Rakis), Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien (Penulis Syair Perlembagaan Negeri Brunei), dan Yura Halim (Penulis Mahkota Yang Berdarah) tidak dilupakan.

 

Selain itu, resolusi turut menekankan kepentingan naskhah tempatan untuk dinilai dan dikaji pada peringkat serantau serta antarabangsa kerana kita dapat melihat nilai karya tanah air daripada pelbagai aspek sudut pandangan, sekali gus dapat mengangkat naratif dan pemikiran penulis dalam karya dan sastera tanah air ke peringkat antarabangsa.

 

Simposium Kesusasteraan Kebangsaan 2023 tersebut dianjurkan oleh ASTERAWANI dengan kerjasama DBP; Program Kesusteraan Melayu, Program Pengajian Melayu FASS, Universiti Brunei Darussalam (UBD); dan Kumpulan Putra Seni (KPS).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06