FacebookInstagramTwitterContact

 

Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>           RB Corporate Hari Raya Celebration           >>           Hari Raya Celebration           >>           Retirement Certificate Presentation Ceremony           >>           Survival Gardening: The Best Crops To Grow For Self-Sufficiency           >>           Latest EWG Consumer’s Guide Reveals 2024’s DIRTY DOZEN And CLEAN FIFTEEN           >>           Tiktoker Nara Smith’s New Cooking Video Is Her Most Controversial Yet           >>           Gypsy Rose Blanchard Reveals How Her Nose Job Impacted Her Ego           >>           Spacex's Crew-8 Astronauts Move Dragon At The ISS To Make Way For Boeing's Starliner           >>           Two of our top Anker power banks are back on sale at all-time low prices           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Teladani Peristiwa Israk, Mikraj


 


 March 3rd, 2023  |  12:13 PM  |   167 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Manfaat mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj adalah agar umat Islam dapat merenung kembali hikmah dan iktibar di sebalik peristiwa agung yang dialami oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, supaya dapat menambah baik dan mempertingkatkan keimanan, mendorong untuk memuhasabah diri serta amal ibadah yang dilaksanakan demi memperbaiki diri dan mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah dan kecintaan kepada Rasul-Nya, Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

 

Selain itu, ia juga dapat menjelaskan bahawa peristiwa Israk dan Mikraj adalah antara peristiwa agung dan sangat luar biasa, yang dialami oleh Baginda Rasul dengan jasad dan roh Baginda, serta merupakan suatu peristiwa ghaib yang mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia.

 

Demikian antara inti pati ceramah bertajuk 'Bersabar, Berikhtiar, Bertawakal dan Berdoa Menghadapi Ujian, Sembahyang Meraih Redha Allah' yang disampaikan oleh Timbalan Dekan / Penolong Profesor Fakulti Usuluddin, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KU PUSB), Dr. Norasimah binti Haji Omar semasa program Bicara Muslimah sempena Sambutan Israk dan Mikraj bagi Kelas Bimbingan Muslimah Daerah Brunei dan Muara yang berlangsung di Masjid Omar Ali Saifuddien, di ibu negara, pagi tadi.

 

Menurut Dr. Norasimah, program seumpamanya juga dapat menyeru para Muslimah dapat meneladani sifat-sifat mulia Ummul Mukminin, Sayyidatuna Khadijah agar selalu taat terhadap Allah Subhanahu Wata'ala dan taat terhadap suami, selama mana ketaatan itu tidak bertentangan akidah, syariat dan akhlak Islam.

 

Menurutnya, ketaatan seorang isteri terhadap suami atas dasar ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, pastinya akan mendapat ganjaran yang besar.

 

Program jelasnya, mengingatkan para Muslimah agar saling mengingatkan untuk menjaga solat fardu lima waktu dan menambah ibadah dengan melaksanakan ibadah-ibadah sunat.

 

“Di samping melazimkan istighfar dan selawat ke atas Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dan banyak berdoa meminta petunjuk dan bantuan Allah, apatah lagi jika dalam keadaan sukar atau berlaku sesuatu musibah, di samping melakukan ikhtiar dan usaha yang semampu dan seupaya yang dapat.

 

“Mengingatkan bahawa cubaan yang Allah berikan ke atas hamba-Nya mengandungi hikmah, rahmah dan kasih sayang-Nya untuk menaikkan darjat seseorang hamba, jika ia benar-benar melakukan kebaikan dan amal salih tanpa mengharap sebarang ganjaran-Nya jua," ujarnya.

 

Tambahnya lagi, ujian yang Allah timpakan ke atas hamba-hamba-Nya yang benar-benar beriman dan bertakwa akan menjadi salah satu faktor kekuatan dan motivasi untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

 

Program anjuran bersama Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Omar 'Ali Saifuddien itu adalah bagi menyemarakkan lagi Sambutan Israk dan Mikraj bagi tahun 1444H, juga sama-sama berpatisipasi dalam mengembangkan syiar Islam.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Datin Hajah Norazimah binti Haji Ramlee, isteri Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.

 

Acara terlebih dahulu dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis.

 

Bacaan Selawat Tafrijiyyah beramai-ramai yang diketuai oleh Muslimah Masjid Omar 'Ali Saifuddien turut memeriahkan lagi majlis pada pagi itu dan diikuti dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Tenaga Pembimbing Kelas Bimbingan Muslimah, Dayang Hajah Halimah binti Haji Mohd Said.

 

Program seumpamanya dihasrat akan dapat memberi peluang kepada para Muslimah untuk mengingat kembali peristiwa Israk dan Mikraj sekali gus menjadikannya sebagai teladan dalam membina sahsiah Muslimah yang beriman dan bertakwa.

 

Turut hadir, para Jemputan Khas, Pegawai dan Kakitangan wanita dari Kementerian Pendidikan dan Jabatan Hal Ehwal Masjid serta Kelas Bimbingan Muslimah Masjid dari Daerah Brunei dan Muara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06