FacebookInstagramTwitterContact

 

Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>           RB Corporate Hari Raya Celebration           >>           Hari Raya Celebration           >>           Retirement Certificate Presentation Ceremony           >>           Survival Gardening: The Best Crops To Grow For Self-Sufficiency           >>           Latest EWG Consumer’s Guide Reveals 2024’s DIRTY DOZEN And CLEAN FIFTEEN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jaga Kesihatan Telinga, Pendengaran


 


 March 3rd, 2023  |  12:14 PM  |   255 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Di Negara Brunei Darussalam, lebih dari 60 peratus permasalahan telinga dan pendengaran dapat ditangani di peringkat 'primary care'.

 

Statistik yang diperoleh di antara tahun 2021 hingga tahun 2022 dari Jabatan Otorinolaringologi, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha telah menunjukkan seramai 1,980 orang pesakit yang bermasalah telinga dirujuk dari klinik-klinik atau pusat-pusat kesihatan ke klinik pakar Otorinolaringologi yang mana di antara empat masalah yang sering dialami pesakit ialah masalah tahi telinga, benda asing dalam telinga, jangkitan telinga dan kurang pendengaran.

 

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar menekankan hal demikian dalam perutusannya sempena Sambutan Hari Pendengaran Sedunia 2023 yang bertemakan 'Penjagaan Telinga dan Pendengaran Untuk Semua! Mari Jadikan Ia Satu Realiti'.

 

Menurut Yang Berhormat Dato, salah satu komponen terpenting dalam memperkasakan fasiliti kesihatan 'primary care' untuk mengintegrasikan penjagaan telinga dan pendengaran di peringkat ini ialah memberikan kemahiran yang relevan melalui latihan seperti yang dianjurkan oleh Badan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

 

Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan melalui kerjasama di antara Jabatan Otorinolaringologi, Perkhidmatan Kesihatan Asasi dan Perkhidmatan Kejururawatan sedang menggubal kurikulum program latihan 'Aural care for nurses in the community' dan adalah menjadi harapan agar program ini menjadi satu realiti sebagai komitmen kita untuk menjana misi di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

 

Bersempena Sambutan Hari Pendengaran Sedunia 2023 ini juga, Pertubuhan Kesihatan Sedunia akan melancarkan sebuah manual latihan iaitu 'Primary Ear and Hearing Care Training Manual' pada 3 Mac 2023.

 

Manual ini bertujuan untuk digunakan sebagai buku panduan latihan kemahiran bagi doktor, petugas kesihatan seperti jururawat di fasiliti kesihatan (primary healthcare) atau di bawah pemantauan doktor, dan ahli profesional kesihatan bersekutu seperti audiologis yang berkepakaran dalam permasalahan telinga dan pendengaran.

 

Manual ini jelas Yang Berhormat lagi diharap dapat menjana keberkesanan dalam menangani masalah pendengaran dan telinga yang diberikan di peringkat 'primary care' oleh doktor ataupun jururawat yang terlatih dan berkecekapan.

 

Sementara itu, penjagaan kesihatan telinga dan pendengaran bagi setiap individu bermula dengan melakukan perkara-perkara seperti berikut: mengelakkan dari memasukkan benda asing ke dalam telinga; memberhentikan tabiat mengorek telinga; berjumpa doktor jika mengalami sakit telinga; mengamalkan penggunaan alat pelindung telinga ketika berada di persekitaran bising; mengelakkan berkongsi pemakaian alat 'ear phones' / 'ear piece' atau 'ear buds'; kurangkan tahap kekuatan 'volume' alat pendengaran audio; dan elakkan penggunaan alat pendengaran audio secara berpanjangan.

 

Pencegahan kehilangan pendengaran sememangnya penting untuk dilakukan sepanjang hayat, bermula dari perkembangan anak dalam kandungan sehingga menjangkau usia emas.

 

Majoriti punca masalah kehilangan pendengaran boleh dicegah dengan strategi pelaksanaan yang berkesan seperti program imunisasi, program penjagaan kesihatan ibu dan anak, pengenalpastian dan rawatan awal untuk masalah telinga, program pemuliharaan pendengaran di persekitaran bising di tempat kerja, strategi mendengar dengan selamat semasa melakukan aktiviti rekreasi dan sebagainya.

 

Justeru itu Yang Berhormat menyeru agar kita sama-sama menjaga kesihatan telinga dan pendengaran untuk mencapai matlamat dalam mencegah dan mengurangkan impak masalah kehilangan pendengaran secara global.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06