FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ke Arah Pencegahan Masalah Kehilangan Pendengaran


 


 March 3rd, 2023  |  12:16 PM  |   161 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pendengaran merupakan satu aset kehidupan yang memainkan peranan penting untuk setiap individu menjalani kehidupan seharian yang berlaku seawal di dalam kandungan yang membolehkan anak damit yang baharu lahir mengenali suara ibu dan ayahnya.

 

Pendengaran juga membolehkan anak damit memberi respons ketika di'agah', meniru bunyi-bunyi percakapan dan seterusnya mengungkap perkataan dan kemudiannya bercakap dengan mudah untuk difahami.

 

Pendengaran yang normal membolehkan kita berinteraksi bersama ahli keluarga dan orang lain, menjalankan tugasan seharian, memudahkan anak-anak mengikuti pembelajaran mereka di sekolah dan sebagainya.

 

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar menggariskan mengenai perkara itu dalam perutusannya sempena Sambutan Hari Pendengaran Sedunia 2023.

 

Menurut Yang Berhormat, masalah kehilangan pendengaran berlaku jika seseorang individu tidak boleh mendengar secara normal, yang secara amnya, mereka yang mempunyai masalah pendengaran tidak menunjukkan sebarang kelainan fizikal (physical abnormalities).

 

Tahap pendengaran yang hilang boleh berada pada tahap ringan, sederhana, teruk atau sangat teruk dan boleh melibatkan satu atau kedua belah telinga.

 

Individu yang mempunyai pendengaran tahap ringan ke sederhana mengalami kesukaran untuk mendengar berbanding dengan mereka yang mempunyai pendengaran di tahap teruk ke sangat teruk yang mana kemampuan untuk mendengar adalah sangat-sangat terhad (tuli).

 

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dianggarkan seorang daripada setiap 10 orang akan mengalami kehilangan pendengaran yang signifikan ataupun 'disabling' di seluruh dunia menjelang tahun 2025.

 

Di Negara Brunei Darussalam, statistik yang diperoleh dari Perkhidmatan Audiologi telah menunjukkan pada tahun 2022, seramai 162 pesakit baharu dikenal pasti mengalami masalah kehilangan pendengaran tahap ringan ke sederhana yang melibatkan sebelah telinga (one sided hearing loss), dan dari jumlah itu seramai 61 orang adalah kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

 

Manakala, bagi masalah kehilangan pendengaran yang di tahap teruk ke sangat teruk, terdapat seramai 33 orang yang dikenal pasti dan 17 orang dari jumlah ini merupakan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

 

Yang Berhormat Dato menyatakan, bagi masalah kehilangan pendengaran yang melibatkan kedua telinga (bilateral hearing loss) pula, statistik menunjukkan seramai 540 pesakit mengalami masalah di tahap ringan ke sederhana dengan 70 darinya adalah kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

 

Sementara itu, 94 pesakit telah dikenal pasti mengalami masalah kehilangan pendengaran di tahap teruk ke sangat teruk yang mana 92 pesakit dari jumlah tersebut adalah terdiri daripada individu yang berumur 12 tahun ke atas.

 

Pada setiap 3 Mac, seluruh dunia akan meraikan Sambutan Hari Pendengaran Sedunia dengan pelbagai aktiviti untuk mempromosikan penjagaan kesihatan telinga dan pendengaran ke arah pencegahan masalah kehilangan pendengaran.

 

Sambutan Hari Pendengaran Sedunia bagi tahun ini membawa tema 'Penjagaan telinga dan pendengaran untuk semua! Mari jadikan ia satu realiti' (Ear and hearing care for all! Let's make it a reality).

 

Ia memberi penekanan kepada kepentingan mengintegrasikan penjagaan telinga dan pendengaran ke peringkat penjagaan kesihatan asasi atau 'primary care' memandangkan masalah telinga dan pendengaran merupakan antara masalah yang sering dihadapi pesakit untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di peringkat komuniti melalui pusat-pusat kesihatan atau klinik-klinik yang berkenaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06