FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kebawah DYMM Raja Isteri Berkenan Menerima Mengadap


 


 March 3rd, 2023  |  12:31 PM  |   178 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam petang tadi berkenan menerima mengadap secara berasingan Ketua-ketua Perwakilan Asing ke negara ini, Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam (NBD) yang baharu dilantik dan Wakil Tetap NBD ke ASEAN.

 

Majlis Mengadap berlangsung di Istana Nurul Iman.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Erma Said Mohamed Al Kathiry, PYT menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 28 Februari 2023.

 

Seterusnya, Kebawah DYMM Raja Isteri berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke NBD, PYT Boosara Kanchanalai, PYT menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 20 Oktober 2022.

 

Sejurus itu, Kebawah DYMM Raja Isteri berkenan menerima mengadap Ketua-ketua Perwakilan NBD yang baharu dilantik dan Wakil Tetap NBD ke ASEAN, iaitu Duta Besar Istimewa dan Mutlak NBD ke Kesultanan Oman, PYT Dayang Noralizan binti Abdul Momin; Duta Besar Istimewa dan Mutlak NBD ke Republik Filipina, PYT Dayang Megawati binti Dato Paduka Haji Manan; dan Wakil Tetap NBD ke ASEAN, Jakarta, Republik Indonesia, PYT Dayang Latifah binti Zaini.

 

Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baharu dilantik dan Wakil Tetap NBD ke ASEAN telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan mereka ke hadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan NBD pada 28 Februari 2023.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06