FacebookInstagramTwitterContact

 

East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>           RB Corporate Hari Raya Celebration           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan Berangkat Sempurnakan Istiadat Pembukaan Rasmi MMN


 


 March 3rd, 2023  |  12:33 PM  |   150 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Persidangan Majlis Mesyuarat pada tahun ini akan membincangkan dan meluluskan perkara utama, iaitu Rang Undang-undang (2023) Perbekalan, 2023 / 2024, melalui tiga peringkat sebelum ia dapat diluluskan sepenuhnya dan diwartakan untuk diguna pakai bermula 1 April 2023.

 

Sehubungan itu, Persidangan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) didahului dengan Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN 1444H / 2023M pada hari ini yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Jalan Dewan Majlis, di sini.

 

Berkenan berangkat menyempurnakan istiadat berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Berangkat sama paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan paduka anakanda dan adinda Kebawah DYMM dijunjung oleh Yang Di-Pertua MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib.

 

Sejurus keberangkatan Kebawah DYMM memasuki Dewan Persidangan, sambil diiringi dengan perarakan masuk Cokmar MMN dan kemudiannya disusuli dengan pengurniaan titah menandakan bermulanya Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN pada kali ini.

 

Bagi memohon keberkatan, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

 

Sebelum berangkat meninggalkan Bangunan Dewan Majlis, Kebawah DYMM dan kerabat diraja yang lain berkenan dijunjung bagi sesi bergambar ramai bersama Ahli-ahli MMN.

 

Terdahulu, persidangan MMN bersidang bagi meneliti dan mengesahkan Minit Persidangan Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-18 MMN yang bersidang selama tujuh hari bermula dari 24 Februari 2022 hingga 3 Mac 2022.

 

Persidangan berkenaan kemudiannya ditangguhkan bagi Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan ke-19 MMN.

 

Persidangan pada kali ini dipengerusikan oleh Yang Di-Pertua MMN; dan dibantu oleh Jurutulis MMN, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar serta Timbalan Jurutulis MMN, Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail.

 

Ahli-ahli MMN yang seramai 34 orang adalah terdiri daripada Ahli Rasmi Kerana Jawatan, Orang-orang Bergelar, Orang-orang Yang Telah Mencapai Kecemerlangan dan Wakil-wakil Yang Dilantik Dari Daerah-daerah Negara Brunei Darussalam.

 

Persidangan MMN akan mula bersidang semula pada Sabtu, 4 Mac ini nanti.

 

Orang ramai bolehlah mengikuti rakaman persidangan harian melalui saluran RTB Perdana dan RTB Sukmaindera pada jam 9.00 malam bagi persidangan sesi pagi dan jam 10.40 malam bagi persidangan sesi petang.

 

Laporan harian juga boleh dibaca melalui laman sesawang rasmi MMN, di 'www.majlis-mesyuarat.gov.bn'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06