FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Isu Pengangguran Perlu Diberi Perhatian


 


 March 3rd, 2023  |  12:36 PM  |   287 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, mengingatkan agar isu pengangguran perlu diberi perhatian.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa bertitah pada Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN), yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis di sini, menambah, dengan adanya kerjasama dan sokongan padu dari semua pihak yang berkepentingan, maka kadar pengangguran boleh dikurangkan, sebagaimana telah dicapai sebelum ini, iaitu kadar pengangguran menurun kepada 4.9 peratus pada tahun 2021 berbanding 7.3 peratus pada tahun 2020.

 

Baginda seterusnya bertitah, kerajaan baginda melalui Sekretariat Tetap Manpower Planning and Employment Council (MPEC) sentiasa merancang dan melaksanakan beberapa strategi melalui pendekatan Whole of Government dan Whole of Nation supaya kebajikan dan kepentingan para pencari kerja tempatan diperkasa dengan latihan semula, dan peningkatan ilmu pengetahuan untuk memudahkan mendapat pekerjaan.

 

 “Dalam meningkatkan kemahiran profesional anak-anak tempatan di syarikat swasta di Sektor Pembinaan dan Tenaga, H.S.E Competency Apprentice Program telah diperkenalkan untuk membolehkan mereka layak mendaftar sebagai 'workplace safety and health officer' (WSHO) atau penyelaras di tempat kerja mengikut piawaian Safety, Health and Environmental National Authority atau SHENA.

 

 “Kerajaan juga telah memperkenalkan Program SkillsPlus untuk memberikan peluang kepada anak-anak tempatan meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran, dan program ini telah dilaratkan kepada empat sektor baharu iaitu Sektor Tenaga, Pembinaan, Pengangkutan dan Logistik, dan H.S.E," titah baginda lagi.

 

Menyentuh mengenai Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP), Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah, kajian yang dilaksanakan bagi penambahbaikan skim persaraan dalam usaha kerajaan baginda mengukuhkan perlindungan sosial yang inklusif dan mampan, yang merupakan salah satu tunjang utama Strategi Jaminan Sosial Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam.

 

Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) yang baharu ini titah baginda lagi, akan dapat memberikan pendapatan persaraan yang lebih baik daripada skim TAP yang ada pada masa ini dan juga akan menggalakkan ahli-ahli SPK untuk terus berusaha mencari dan mendapatkan pekerjaan sama ada di sektor swasta, kerajaan atau secara persendirian di mana hasil dari sumbangan ke dalam SPK akan menampung pada hari persaraan nanti. SPK ini insyaaAllah, akan dilancarkan pada bulan Julai tahun ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06