FacebookInstagramTwitterContact

 

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight           >>           Bilateral Meeting with the President           >>           Tete-a-Tete Meeting with the President           >>           State Welcoming Ceremony           >>           His Majesty Arrival           >>           Zhengzhou: Interactive Exhibitions On The International Museum Day           >>           Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kemajuan, Pembangunan Negara Terarah Pada Landasan Betul


 


 March 6th, 2023  |  09:38 AM  |   110 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berkenan mengurniakan titah pada Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) menyentuh mengenai dengan berwawasan dan komprehensif.

 

Kandungan titah merupakan panduan yang cukup jelas tentang hasrat murni baginda ke arah memastikan kemajuan dan pembangunan negara terus terarah di landasan yang betul tanpa mengetepikan isu-isu nasional dan ekonomi yang menjadi keutamaan dan perhatian yang sewajarnya.

 

Demikian antara yang diujarkan oleh Ahli MMN, Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman pada usul menjunjung kasih dan menyokong sepenuhnya usul yang dikemukakan oleh Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN.

 

Seterusnya, Yang Berhormat menjunjung tinggi titah baginda berkaitan dengan Skim Persaraan Kebangsaan (SPK) yang akan dilancarkan pada bulan Julai tahun 2023. Selaku rakyat sewajarnya mensyukuri nikmat kerana dianugerahkan seorang raja yang prihatin dengan permasalahan rakyatnya.

 

Selain itu, Yang Berhormat juga menekankan dengan isu kenaikan harga barang memberikan kesan peningkatan kepada kos-kos perkhidmatan dan menjadi bebanan ketara kepada pengguna terutama sekali golongan yang berpendapatan rendah.

 

Justeru, peranan PMKS tempatan jelas Yang Berhormat adalah sangat penting dalam menggiatkan ekonomi negara dan langkah kerajaan untuk terus membaiki persekitaran perniagaan bagi menggalakkan lebih ramai lagi usahawan-usahawan menceburi bidang perniagaan dan perusahaan serta menggalakkan perusahaan yang sedia ada untuk terus berkembang adalah dilihat wajar bagi mengimbangi kebergantungan kepada produk import dengan menyasarkan penghasilan produk-produk keluaran tempatan yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran domestik.

 

Menurutnya, pihak Darussalam Enterprise (DARe) berperanan sebagai pemudah cara untuk membantu para usahawan tempatan menyasarkan sektor-sektor perniagaan yang menjadi keutamaan (Priority sectors).

 

“Dengan ini penglibatan produk dan barang keluaran negara dapat dikawal dengan sebaiknya. Dalam menyediakan iklim perniagaan yang lebih kondusif serta ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, pembangunan dan pengunaan syarat-syarat tanah tumpang sementara (TOL) perlu dikaji dan diteliti semula dengan memberi pertimbangan kepada perkara-perkara yang penting yang menjadi keperluan dan keutamaan rakyat," ujar Yang Berhormat pada sidang bertempat di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Yang Berhormat seterusnya menyentuh mengenai pengangguran dan menyarankan agar kaedah pembayaran gaji pekerja di sektor swasta dapat diselaraskan dengan kaedah pembayaran gaji dua kali di sektor kerajaan sebagai inisiatif menjadikan sektor swasta terus menjadi pilihan pertama untuk mendapatkan pekerjaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04