FacebookInstagramTwitterContact

 

Investment Scams           >>           Intending Haj Pilgrims' Preparation           >>           Launching of Brunei Malay Pantun Festival           >>           Opening of Museums Collection Management Programme           >>           Photo Session           >>           National Musabaqah Al-Qur'an Reading for Adults           >>           Safeguarding the Sanctity of Al-Qur'an           >>           Messages of Condolences           >>           Departure           >>           Bilateral Meeting with the Prime Minister           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Usaha Berterusan Sediakan Belia Dengan Ekosistem, Hala Tuju


 


 March 6th, 2023  |  09:40 AM  |   118 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan dalam usul menjunjung kasih pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi menyokong usul cadangan Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim yang berlangsung hari ini.

 

Menurut Yang Berhormat berdasarkan statistik golongan belia adalah yang tertinggi di dalam senarai pencari kerja.

 

“Sehubungan itu, kaola mengharapkan agar usaha-usaha berterusan ke arah menyediakan belia dengan ekosistem dan hala tuju adalah penting dalam menggerakkan peranan belia sebagai generasi penerus bagi membangunkan negara di dalam semua sektor,"jelas Yang Berhormat.

 

Menurut Yang Berhormat, ini termasuklah dalam meneliti semula dasar-dasar dan program-program yang sedia ada yang menjurus kepada peranan dan kepentingan belia di dalam industri kreatif, digital, keusahawanan dan mahupun kepimpinan sebagai langkah ke arah mencetuskan lonjakan kepada idea-idea baharu yang lebih konstruktif dan inovatif daripada pemain-pemain industri dalam kalangan belia tempatan yang berjaya.

 

Dengan itu, jelas Yang Berhormat, peluang-peluang pekerjaan dapat diimbangi mengikut keperluan semasa, sama ada di dalam sektor kerajaan dan sektor swasta.

 

“Selain daripada itu, penubuhan dan peranan Majlis Perancangan Tenaga Manusia dan Pekerjaan (MPEC) sebagai jentera pemikir ke arah merealisasikan hasrat baginda bagi merancang dan melaksanakan beberapa strategi melalui pendekatan Whole of Government Approach dan Whole of Nation Approach sewajarnya perlu konsisten agar ia mencapai sasaran yang diharapkan. Ini termasuklah dengan Programme i-Ready yang diperkenalkan pada tahun 2017," jelas Yang Berhormat lagi pada persidangan yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Tambah Yang Berhormat, program ini perlu dipertingkatkan skop pelaksanaannya, bukan hanya menyasarkan kepada 'skill and experience ready' tetapi juga kepada Job Ready. Dengan ini, ia dilihat sebagai sebuah program yang komprehensif ke arah mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia di Negara Brunei Darussalam.

 

Yang Berhormat juga menyambut baik di atas inisiatif pihak kerajaan di dalam memperkenalkan program SkillsPlus dan berharap agar program ini dapat diperkasakan ke arah melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran dan bertaraf profesional.

 

Selain daripada itu, jelas Yang Berhormat, pihak-pihak yang berkenaan khususnya JobCentre Brunei dapat menawarkan peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan di peringkat ASEAN bagi memberikan ruang pilihan yang lebih luas kepada pencari-pencari kerja tempatan terutama sekali kepada para graduan dan profesional yang berkemahiran.

 

Yang Berhormat juga menyentuh soal peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan khususnya di dalam Sektor Pelancongan, Daerah Tutong telah pun mula mengorak langkah menggerakkan aktiviti pelancongannya dengan memperkenalkan Program Lawatan Destinasi Tutong pada tahun 2015.

 

“Inisiatif ini telah diungkayakan secara bersepadu bersama pihak-pihak yang berkepentingan ini termasuklah Majlis-majlis Perundingan Kampung (MPK) melalui perkhidmatan ekopelancongan Satu Kampung Satu Produk (1K1P)," ujar Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat juga berharap agar inisiatif ini dapat diteruskan agar tempat-tempat yang dahulunya dijadikan tempat lawatan dapat diaktifkan semula.

 

Yang Berhormat juga menyentuh mengenai dengan program-program latihan dan bimbingan serta bantuan-bantuan khusus kepada para penyedia perkhidmatan dapat membantu mengerakkan industri pelancongan tempatan terus berkembang dan menyumbang kepada menghasilkan 'high value added' kepada ekonomi negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04