FacebookInstagramTwitterContact

 

Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>           'Musyawarah Mastera 2024'           >>           4WD Ambulance Handover Ceremony           >>           Seminar on Reginal Climate Action Collaboration           >>           Haj and Umrah Review Session           >>           Official Visit to the Consulate General of Brunei Darussalam           >>           Advance Check-In for Intending Haj Pilgrims           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Belia Perlu Manfaatkan Kepesatan Teknologi


 


 March 6th, 2023  |  09:41 AM  |   152 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Belia yang membesar dalam persekitaran kemajuan era teknologi yang pesat mempunyai pilihan untuk mendidik diri sendiri dan mengaplikasikan kreativiti serta produktiviti untuk merangsang perubahan serta pendekatan dalam masyarakat; berdaya tahan, dan tekun dalam mengatasi cabaran-cabaran dalam mengongsikan manfaat dari kemajuan teknologi berkenaan.

 

Meskipun kerajaan memainkan peranan penting, belia di negara ini juga mempunyai tanggungjawab untuk menyesuaikan diri dan memberikan sumbangan.

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Chong Chin Yee menyatakan perkara demikian ketika menyokong usul menjunjung kasih pada hari kedua Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Menurut Yang Berhormat, Kemunculan pesat automasi Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI), dan teknologi baharu sedang membentuk semula kemahiran yang diperlukan untuk meraih keberhasilan dalam ekonomi global (economic global), yang mendorong kemajuan dan pencapaian kita di bawah program pendidik dan latihan.

 

"Penting juga untuk menitikberatkan kepada isu Labour Market Inefficiency (Ketidakcekapan Pasaran Kerja). Isu ini amat penting untuk disuarakan agar pekerja mengetahui hak-hak mereka sebagai pekerja dan persatuan mengenai praktis kerja yang adil.

 

"Sementara itu, majikan akan terdorong untuk mematuhi undang-undang dan peraturan Buruh," ujar Yang Berhormat.

 

Selain itu, jelas Yang Berhormat, kita harus memahami apa yang membentuk tenaga kerja produktif dan mencipta budaya pelajaran serta peningkatan berterusan dengan memberi kemahiran yang diperlukan dan peningkatan kebolehan pasaran mereka.

 

"Kita dapat memastikan bahawa mereka dapat menambah nilai kepada ekonomi negara," kata Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat juga mengongsikan mengenai kejayaan syarikat-syarikat tempatan termasuk pelancaran Khalifa dan eksport telur ke Singapura yang menunjukkan keupayaan rakyat dan penduduk di negara ini untuk bersaing dengan ekonomi global, yang mana ia adalah seiring dengan usaha kita untuk pertumbuhan dan pembesaran.

 

Jelas Yang Berhormat, ia adalah penting bagi peniaga kecil dan sederhana untuk memanfaatkan teknologi yang sedang berkembang untuk meningkatkan kecekapan kualiti serta keyakinan dalam memperluaskan perniagaan mereka ke luar negara, dengan penyebaran teknologi yang sedang berkembang di pasaran utama dan usaha untuk memastikan infrastruktur internet mencapai setiap sudut negara kita.

 

"Sumber daya ini semakin mudah diakses. Dengan memanfaatkan sumber daya ini kita dapat terus berkembang tanpa membebankan kerajaan.

 

"Marilah kita bekerjasama untuk mengatasi cabaran ini dan membentuk pasaran tenaga kerja yang selamat, cekap dan produktif yang dapat meluas jangkauan di luar sempadan dan dapat berterusan melalui masa sambil memastikan bahawa kita berjaya menjaga kekayaan yang kita hasilkan," kata Yang Berhormat.

 

Terdahulu, Yang Berhormat merakamkan penghargaan kepada usaha yang dilakukan oleh agensi-agensi berkepentingan seperti Manpower Planning and Employment Council (MPEC), Manpower Planning Manpower Industry Steering Committee (MISC) dan Life Long Learning Centre dalam menangani masalah pengangguran yang merupakan isu mustahak dalam kalangan belia dan pencari kerja.

 

"Inisiatif baru-baru ini terutama HSE Competency Apprentice Programme di sektor pembinaan dan tenaga dan 'skill plus' adalah sangat baik dan merupakan langkah ke arah memantapkan tenaga kerja kita," ujar Yang Berhormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Stop Threatening Taiwan', Its New President William Lai Tells China

 2024-05-21 00:38:29

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04