FacebookInstagramTwitterContact

 

Food Price Rises 'Returning To Normal'           >>           Israel's Defence Minister Rejects ICC Prosecutor’s Request For Warrants           >>           Ex-Russian Army Commander Detained Over Fraud Charge           >>           US Signals Support For Possible ICC Sanctions Over Israel Warrants           >>           South Africa In Eight Charts Ahead Of Crucial Vote           >>           Investment Scams           >>           Intending Haj Pilgrims' Preparation           >>           Launching of Brunei Malay Pantun Festival           >>           Opening of Museums Collection Management Programme           >>           Photo Session           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Inisiatif Dirancang Untuk Kesejahteraan Rakyat


 


 March 6th, 2023  |  09:45 AM  |   170 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sesungguhnya titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menggambarkan kebijaksanaan dan keprihatinan baginda terhadap inisiatif-inisiatif yang dirancang untuk meningkatkan tahap ekonomi negara bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini agar dapat hidup dalam keadaan ekonomi yang mantap dan berdaya saing selaras dengan matlamat Wawasan Brunei 2035.

 

Demikian antara yang dikemukakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Momin ketika memberikan pandangan berhubungan dengan usul yang dicadangkan oleh Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim.

 

Semoga apa yang dihasratkan oleh baginda itu, tambah Yang Berhormat, dapat dicapai dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala jua melalui perbincangan-perbincangan yang dilaksanakan dengan fikiran yang terbuka di dalam dewan yang mulia ini nanti.

 

Pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, hari ini, Yang Berhormat menyokong sepenuhnya usul yang dicadangkan tersebut.

 

Terdahulu, Yang Berhormat menyembahkan sembah menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM atas kurnia titah baginda semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN pada 2 Mac 2023.

 

Manakala, Ahli MMN, Yang Berhormat Awang Lau How Teck juga menyembahkan sembah menjunjug kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM atas kurnia titah baginda semasa Istiadat Pembukaan Rasmi dan seterusnya menyokong usul yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di JPM dengan sepenuhnya.

 

“Sesungguhnya titah baginda itu amat bermakna kerana titah baginda memperlihatkan kebijaksanaan serta keprihatinan baginda terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk NBD," ujar Yang Berhormat.

 

Dalam kesempatan ini, Yang Berhormat juga berharap agar NBD dan seluruh rakyat dan penduduknya hidup aman damai dan makmur di bawah kepimpinan, kebijaksanaan serta keprihatinan Kebawah DYMM.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Food Price Rises 'Returning To Normal'

 2024-05-22 10:19:18