FacebookInstagramTwitterContact

 

Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>           'Musyawarah Mastera 2024'           >>           4WD Ambulance Handover Ceremony           >>           Seminar on Reginal Climate Action Collaboration           >>           Haj and Umrah Review Session           >>           Official Visit to the Consulate General of Brunei Darussalam           >>           Advance Check-In for Intending Haj Pilgrims           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkatkan Hasil Negara Dalam Mempelbagaikan Pendapatan


 


 March 6th, 2023  |  09:46 AM  |   129 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed menjunjung kasih yang setinggi-tingginya atas kurnia titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena Perasmian Mesyuarat Pertama Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN pada Khamis, 2 Mac 2023 dan menyokong sepenuhnya usul yang dicadangkan oleh Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim.

 

Titah tersebut jelas Yang Berhormat merupakan mutiara yang amat berharga yang akan menjadi panduan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat serta semua agensi yang terlibat dalam merancang dan mengurus negara.

 

Inti pati titah baginda memerlukan perhatian, penelitian dan perlu dilaksanakan bagi mencapai matlamat negara ke arah Wawasan Brunei 2035.

 

Merujuk kepada titah baginda yang memberi peringatan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat agar bersifat terbuka dan telus kepada masyarakat yang diwakili.

 

Pada misalnya berbincang untuk mendapatkan maklumat daripada anak buah tentang permasalahan dan yang penting untuk mencari jalan bagaimana mengatasinya.

 

Walau bagaimanapun, kita diingatkan supaya jangan terlalu agresif dalam membuat penyampaian dan pandangan agar budaya 'berawar galat' dapat diamalkan mengikut 'Calak Brunei'.

 

“Bagi orang yang lebih berpengalaman serta lebih awal makan garam kami memerlukan petunjuk dan nasihat pada sama-sama membangun bangsa dan negara. Baginda ingin melihat produktiviti dan penghasilan negara terus meningkat secara berimpak tinggi bagi mempelbagaikan pendapatan selain minyak dan gas.

 

“Tentang perubahan iklim, baginda bertitah Negara Brunei Darussalam akan menjadi Tuan Rumah Asean Centre for Climate Change dan masyarakat diseru untuk melestarikan alam sekitar secara beramali. Melalui program tersebut semoga pihak yang terlibat akan beroleh pertukaran pengetahuan (Knowledge Transfer) tentang perubahan iklim serta apa jua perkara mengenainya daripada pakar yang datang dari luar negara," terang Yang Berhormat lagi.

 

Sementara itu, Ahli MMN, Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat juga turut menjunjung kasih setinggi- tingginya atas titah baginda terutama cabaran untuk meningkatkan hasil kerajaan dan menyokong sepenuhnya usul yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Penasihat Khas Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri JPM pada Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bertempat di Bangunan Dewan Majlis pada sebelah petang, di sini.

 

Ada beberapa strategi yang sudah dibuat oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia iaitu melalui Pelaburan Langsung Asing yang sendiri ini boleh meningkatkan ekonomi dan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

 

Begitu juga dengan peningkatan Sektor Pertanian iaitu penanaman padi, sayur dan penternak yang bersistem.

 

Dengan ini jelas Yang Berhormat, hasrat ke arah untuk meningkatkan hasil negara akan tercapai sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan produk-produk yang diimport dari luar negara.

 

Skim Persaraan Kebangsaan yang baharu akan dapat memberikan pendapatan persaraan yang lebih baik. Inilah yang dinantikan oleh penduduk negara ini untuk mendapatkan sara hidup yang lebih baik pada hari persaraan nanti.

 

Menyentuh titah baginda, Yang Berhormat dalam pada itu turut mencadangkan agar persekitaran perniagaannya pada masa ini diperbaiki untuk menggalakkan lebih ramai lagi usahawan menceburi bidang perniagaan dan perusahaan seterusnya mendorong semangat peniaga tempatan berkembang maju ke hadapan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Stop Threatening Taiwan', Its New President William Lai Tells China

 2024-05-21 00:38:29

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04