FacebookInstagramTwitterContact

 

Zhengzhou: Interactive Exhibitions On The International Museum Day           >>           Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>           'Musyawarah Mastera 2024'           >>           4WD Ambulance Handover Ceremony           >>           Seminar on Reginal Climate Action Collaboration           >>           Haj and Umrah Review Session           >>           Official Visit to the Consulate General of Brunei Darussalam           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tangani Isu Pekerjaan, Pendidikan Kalangan Belia


 


 March 6th, 2023  |  09:48 AM  |   128 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam menangani isu pekerjaan kejayaan Sekretariat Tetap Manpower Planning and Employment Council (MPEC), melalui pendekatan Whole of Government and Whole of Nation dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.

 

Dalam masa yang sama, MPEC juga berjaya meningkatkan kemahiran profesional anak-anak tempatan di syarikat swasta.

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman berucap demikian semasa menyokong usul cadangan Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung hari ini.

 

Yang Berhormat dalam menjunjung kasih pada sidang bertempat di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini, seterusnya menjelaskan, perkara tersebut mengenai dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah begitu jelas supaya Ahli-ahli MMN berbincang dengan fikiran terbuka tetapi bebas daripada sebarang pengaruh luar.

 

“Apa yang dibincangkan di dewan yang mulia ini, seperti hasil Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan perbelanjaan yang akan diluluskan akan memberi impak positif untuk negara dan rakyat.

 

“Seperti kandungan titah Kebawah DYMM, kaola juga menyarankan agar mana-mana peruntukan yang sudah diluluskan akan digunakan dengan berhemah dan tidak berlengah untuk mencapai sasarannya,"jelas Yang Berhormat.

 

Seterusnya, Yang Berhormat juga menjelaskan mengenai dengan isu-isu yang berbentuk strategik yang akan memberi impak positif jangka panjang.

 

Dengan menyediakan atau mendapatkan pekerjaan jelas Yang Berhormat, adalah penting untuk terus beri perhatian, jika tidak, belia-belia yang tamat persekolahan dan pengajian mereka akan menjadi beban kepada masyarakat sedangkan mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara.

 

“Di samping itu, pelaburan negara dalam pedidikan akan menjadi sia-sia jika mereka ini tidak mendapat pekerjaan atau harus bekerja di luar negeri kerana di sini, di dalam negeri tiada pekerjaan.

 

“Adalah diharapkan isu pekerjaan ini akan dapat dibincangkan secara telus dan terbuka untuk mencari jalan menambah peluang pekerjaan melalui berbagai-bagai dasar strategik,"ujar Yang Berhormat lagi.

 

Selain itu, kata Yang Berhormat, perancangan yang mantap, strategik bagi menangani isu pekerjaan lima ke 10 tahun akan datang dan mesti mengenal pasti di sektor mana peluang pekerjaan itu akan wujud.

 

“Pihak institusi pendidikan dengan itu akan berupaya menyediakan kurikulum, kursus dan bidang-bidang kepakaran yang bersesuaian bagi pelajar-pelajar yang bakal mencari pekerjaan.

 

“Situasi saperti sekarang, di mana pelajar kita lulus atau tamat pengajian sama ada bahagian menengah atau 'tertiary' tetapi sukar mencari pekerjaan tidak wujud atau tidak lagi seharusnya berlaku," jelas Yang Berhormat.

 

Salah satu perkara yang terus mendapat perhatian Kerajaan Kebawah DYMM, ujar Yang Berhormat, ialah pelancaran Skim Persaraan Kebangsaan yang baharu pada bulan Julai tahun ini. Ini adalah satu berita yang ditunggu-tunggu oleh rakyat kerana ia akan menjamin masa persaraan yang lebih selesa kepada semua yang bekerja.

 

Jelas Yang Berhormat, dengan adanya Skim Persaraan yang lebih baik kesejahteraan seluruh rakyat di negara ini akan sentiasa terpelihara.

 

“Kaola berharap agar apa jua usaha dan tindak tanduk pihak kerajaan akan menepati hasrat Kebawah DYMM seperti dalam titah baginda. Adalah diharapkan perbincangan kita di dewan yang mulia ini akan mendatangkan hasil hasil yang positif dan berpanjangan," ujar Yang Berhormat lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Stop Threatening Taiwan', Its New President William Lai Tells China

 2024-05-21 00:38:29

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04