FacebookInstagramTwitterContact

 

Zhengzhou: Interactive Exhibitions On The International Museum Day           >>           Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>           'Musyawarah Mastera 2024'           >>           4WD Ambulance Handover Ceremony           >>           Seminar on Reginal Climate Action Collaboration           >>           Haj and Umrah Review Session           >>           Official Visit to the Consulate General of Brunei Darussalam           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Utamakan Sifat Bermuafakat, Kebajikan Rakyat Jadi Keutamaan


 


 March 6th, 2023  |  09:52 AM  |   232 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

“Kurnia titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia semasa perasmian majlis ini terutamanya mengenai dengan peranan Ahli-ahli Majlis supaya memberikan pandangan dengan ikhlas secara terbuka dan menyuarakan isu-isu yang berbentuk strategik yang akan memberikan impak positif kepada negara, jelas sekali mengimbau kita untuk menaikkan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan penuh dedikasi, komitmen, ikhlas lagi jujur".

 

Demikian ucapan Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN berlangsung pagi tadi.

 

Yang Berhormat berpendapat sikap dan berfikiran terbuka tetapi bebas dari sebarang pengaruh luar yang Kebawah Duli Yang Maha Mulia titahkan itu jelas menjadi titik tolak pada kita semua untuk menilai sendiri landasan kita dalam menyuarakan pandangan kita dalam majlis ini.

 

Kerana apa jua pandangan dalam majlis ini ia akan sedikit sebanyak akan mencorakkan dan mewarnai kehidupan rakyat dan penduduk di negara ini.

 

“Bagi kaola konteks keterbukaan ini bukan sahaja menjurus kepada memberikan pandangan yang positif, konstruktif dan ikhlas bahkan kita jua perlu terbuka dalam menerima pandangan dan maklum balas dari pihak-pihak yang berkepentingan untuk kemanfaatan rakyat dan kemakmuran negara. Inilah ciri-ciri istimewa kemurnian 'Calak Brunei' dalam kita bernegara yang berlandaskan amalan Melayu Islam Beraja.

 

“Ia mengutamakan sifat bermuafakat dengan memberi keutamaan keprihatinan rakyat semata-mata untuk menjadikan negara ini sebagai Negara Baldatun Toyyibatun Warobbun Ghofur iaitu negara yang aman makmur lagi sejahtera dalam mendapat keredaan Allah yang Maha Pengampun," ujar Yang Berhormat.

 

Jelas Yang Berhormat lagi, dalam persekitaran dunia yang masih bergelut dalam bermacam masalah seperti pandemik sosioekonomi, geopolitik dan perubahan iklim adalah penting untuk kita sama-sama mengorak langkah ke hadapan berganding bahu mengukuhkan perpaduan menyatukan tekad serta azam bagi mencapai matlamat Wawasan Brunei 2023.

 

“Bagi kaola inilah perkara strategik yang paling utama untuk diberikan perhatian yang mendalam dan holistik, ini kerana impaknya yang menyeluruh bukan sahaja kepada kemakmuran keamanan dan kestabilan negara malahan untuk kebahagiaan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di dalamnya.

 

“Ia merangkumi ataupun inkompasing isu-isu fundamental seperti pertumbuhan ekonomi, penglibatan rakyat dalam memajukan negara dan ekonomi, pengangguran, pembasmian kemiskinan, Sistem Pendidikan yang 'teacher ready', jaminan sosial rakyat, transformasi digital 'future economy' dan lain-lain," kata Yang Berhormat lagi.

 

Yang Berhormat turut menegaskan, untuk mencapai sasaran Wawasan Brunei 2035 dengan jayanya kita semua perlu bekerja keras menempuh dan mengatasi semua cabaran namun dengan izin dan petunjuk Allah ia bukanlah satu perkara yang mustahil untuk direalisasikan mengikut hasrat dan mengikut 'time frame' yang telah ditetapkan.

 

“Apa yang perlu ialah kerjasama erat dan padu," tegasnya.

 

Tambahnya, koordinasi kukuh dan semua 'stakeholder', keyakinan penuh rakyat di semua peringkat dengan erti kata 'believing is seeing', 'delivering system' yang efisien, efektif dan tulus pemantauan rapi dan sistem penilaian semula yang kredibel terhadap sasaran-sasaran dan program-program yang telah dirancang supaya ia berjalan dalam landasan yang betul selari dan selaras.

 

Mengenai pengurusan kewangan yang berhemah, Yang Berhormat menyatakan hendaklah dilihat bukan sahaja sebagai usaha untuk menjimatkan perbelanjaan semata-mata malahan ia patut juga dinilai sebagai usaha untuk meningkatkan pendapatan negara dan perancangan sosioekonomi negara secara menyeluruh.

 

“Ini jelas kita hayati dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang berhubung kait dengan cabaran untuk meningkatkan hasil isu pengangguran dan bidang ekonomi dan membabitkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana kita mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kementerian Kewangan dan Ekonomi kerana telah dapat menghasilkan Economic Blueprint yang komprehensif, 'sustainable' dan global yang mencakupi semua bidang.

 

“Saya berharap Economic Blueprint ini akan dilengkapi dengan 'broadband' yang 'transparent', komprehensif, 'inclusive' dan 'workable' yang akan memuatkan perkara-perkara yang berhubung kait dengan peningkatan hasil negara usaha menarik lagi banyak FDI ke negara ini di samping merangsang lagi aktiviti-aktiviti ekonomi secara holistik".

 

Di samping 'comparative advantages' dari 'good attributes' di atas, kita perlu juga memperbaiki 'variable' ataupun pra-syarat yang lain yang bukan sahaja diperlukan untuk menarik pelabur-pelabur asing ini malahan juga membantu peniaga-peniaga tempatan yang ingin berkembang maju.

 

Ini antara lainnya termasuklah dengan memperbaiki proses pembuat keputusan yang bukan saja telus dan saksama malahan perlu cepat dan praktikal, mengemaskinikan lagi 'labour' polisi bagi menyokong bisnes untuk berkembang, menyediakan 'workforce' yang bukan 'future-ready' malahan mempunyai disiplin, jati diri dan positif 'mindset', mengukuhkan institusi kewangan tempatan supaya ia lebih 'pro-business' dan menyokong bisnes untuk berkembang, infrastruktur yang lengkap dan mudah diakses.

 

“Seperti tapak-tapak perindustrian yang 'industry ready', 'internet connection' yang cepat, efisien dan 'reliable', pembekalan elektrik dan air yang mencukupi untuk kemajuan industri, di samping 'governance' yang kukuh serta 'marketing arm' yang boleh membantu pemasaran produk di dalam dan di luar negara," jelas Yang Berhormat lagi.

 

Yang Berhormat juga menyatakan bahawa 'manpower' yang berwibawa, 'talented', 'knowledgeable' dan berintegriti; 'human resource development', 'succession pelan' dan 'talent-identification' ini adalah satu elemen penting dalam memperkukuhkan kesinambungan tersebut terutamanya dalam mengukuhkan 'internal capacity' perkhidmatan awam memandangkan impaknya dalam memperkesankan pengurusan awam, sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat.

 

Lebih-lebih lagi dalam menjadikan 'environment' negara lebih pro-bisnes dan kondusif dengan mengenal pasti dan melaksanakan 'talent pool' berasaskan 'meritocracy' dan 'performance-base'.

 

“Kita berharap dengan adanya 'talent pool' ini ia akan memudahkan terutama perkhidmatan kerajaan khususnya memilih dan melantik pemimpin-pemimpin pelapis yang pakar, berwibawa, 'resilience', 'talented', jujur lagi amanah untuk menerajui organisasi yang penting dalam bidang-bidang yang strategik".

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Stop Threatening Taiwan', Its New President William Lai Tells China

 2024-05-21 00:38:29

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04