FacebookInstagramTwitterContact

 

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight           >>           Bilateral Meeting with the President           >>           Tete-a-Tete Meeting with the President           >>           State Welcoming Ceremony           >>           His Majesty Arrival           >>           Zhengzhou: Interactive Exhibitions On The International Museum Day           >>           Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkatkan Tahap Pengetahuan, Naik Taraf Kemahiran Profesional Pencari Kerja


 


 March 6th, 2023  |  09:54 AM  |   166 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusuf berkata bahawa isi kandungan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Istiadat Pembukaan Rasmi MMN pada dua hari yang lalu adalah sangat signifikan dan dijulang tinggi yang berpandangan jauh yang melangkaui pelbagai aspek dari hasrat baginda yang murni untuk bersama-sama kita mengembangkan dan memantapkan negara ini bukan sahaja dalam bidang perekonomian, perniagaan, perusahaan termasuklah meningkatkan kualiti kehidupan yang menjurus kepada kehidupan yang lebih tinggi demi kesejahteraan, kebajikan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam.

 

 Dalam pada itu mengenai isu pengangguran yang berbangkit dengan titah baginda, Yang Berhormat menegaskan bahawa hendaklah diberi perhatian yang sewajarnya adalah amat penting dalam kalangan pencari kerja tempatan diberi latihan, ditingkatkan tahap pengetahuan dan dinaik taraf kemahiran profesional masing-masing supaya dapat memenuhi kehendak pasaran pekerjaan semasa.

 

“Berhubung dengan isu ini, pengangguran ini bukan sahaja mengaitkan dengan pekerja-pekerja yang mempunyai kelayakan akademik atau teknikal tetapi kita juga harus memikirkan pencari-pencari kerja yang tidak mempunyai kelayakan atau kelulusan seperti 'school drop-outs'. Apakah yang perlu kita lakukan mereka ini juga berpeluang mendapat peluang pekerjaan", tambah Yang Berhormat lagi.

 

“Isu pengangguran adalah juga banyak hubung kaitnya dengan masalah sosial seperti kemiskinan, jenayah, penyalahgunaan dadah, masalah kekeluargaan dan perceraian dan lagi lain-lain isu yang berkaitan.

 

 “Penubuhan Sekretariat Tetap Manpower Planning dan Employment Council yang telah membuat langkah-langkah, perancangan-perancangan strategik dan 'plan of action' bagi membantu para pencari kerja tatacara meningkatkan lagi lebih ramai rakyat dan penduduk berkecimpung dalam pelbagai bidang profesional forum latihan teknikal dan berkemahiran.

 

“Ia dihasratkan agar mereka ini lebih mekanikal selari dengan kehendak perkembangan industri pelbagai sektor adalah sangat dihargai dan bertepatan dalam menangani isu pengangguran disebabkan oleh kurang kemahiran dan ilmu pengetahuan".

 

Mengenai bidang ekonomi, Yang Berhormat menjelaskan bahawa peranan Perusahaan, Mikro, Kecil dan sederhana (PMKS) terutama sekali yang melibatkan peniaga-peniaga tempatan adalah sangat-sangat penting untuk dikembangmajukan dan diperbaiki agar berpotensi untuk dieksport.

 

 Apa yang mustahak di sini, ujar Yang Berhormat adalah bersama-sama untuk meneliti dan mengenal pasti dasar atau polisi kerajaan yang membolehkan pengeksportan produk keluar negeri yang antara lainnya adalah dari segi kompeten autoriti bagi produk 'testing'.

 

 Tambah Yang Berhormat lagi, kedua persetujuan bersama ataupun 'arrangement' di antara kerajaan dengan kerajaan bagi akses untuk membolehkan eksport itu akan dilaksanakan dan yang paling mustahak juga antaranya ialah 'access' dari aspek infrastruktur seperti bekalan elektrik, air, logistik dan pengurusan tenaga meningkatkan 'probability of success' dalam sama-sama untuk cuba mengeksport produk-produk keluaran daripada Negara Brunei Darussalam.

 

Selain dari itu, ia juga sudah setentunya memerlukan strategi yang mantap bukan sahaja dari aspek 'packaging', penggunaan mesin yang berteknologi tinggi, kualiti, pengeluaran produk berskala besar, strategi pemasaran, pengurusan tenaga kerja (manpower) berkemahiran dan lain-lain.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04