FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Fakulti Usuluddin, UNISSA Adakan Kunjungan Hormat Kepada Ketua Menteri Sabah


 


 March 7th, 2023  |  07:48 AM  |   129 views

KOTA KINABALU

 

Fakulti Usuluddin Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, baru-baru ini.

 

Menyertai rombongan dalam kunjungan berkenaan ialah Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WOAGM) yang diketuai oleh Presidennya sendiri, iaitu Profesor Dato' Dr. Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti yang juga merupakan Profesor di Fakulti Usuluddin.

 

Sementara itu, Fakulti Usuluddin UNISSA diketuai oleh Dekan Fakulti, Dr. Hajah Sri Rahayu @ Nurjanah binti Haji Dollah.

 

Antara tujuan utama kunjungan berkenaan adalah bagi memperkenalkan program-program akademik yang ditawarkan oleh UNISSA khususnya di Fakulti Usuluddin sebagai usaha untuk membuka peluang kepada para calon pelajar dari negeri di bawah bayu itu menyambung pengajian Islam di UNISSA.

 

Sebagai sebuah pengajian tinggi Islam, UNISSA  banyak merujuk kurikulum akademiknya ke Universiti Al-Azhar Republik Arab Mesir, selaku sebuah universiti tersohor yang mengamalkan prinsip Wasatiyyah dalam sistem pendidikannya.

 

Di samping itu, tenaga akademik di UNISSA juga kebanyakannya mempunyai latar pendidikan dari Universiti Al-Azhar.

 

Perkara berkenaan dilihat mempunyai kesamaan dengan apa yang diamalkan di Malaysia termasuklah di Sabah.

 

Iklim pembelajaran berkenaan merupakan kekuatan yang dimiliki oleh UNISSA. Justeru itu, UNISSA mengusulkan untuk mengadakan kerjasama pendidikan antara kedua-dua buah negara.

 

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah menyambut dengan sangat baik hasrat berkenaan.

 

Pada hakikatnya, keberadaan pelajar dari Sabah mengikuti pengajian di Negara Brunei Darussalam bukanlah suatu yang baharu, tetapi telah bermula pada awal tahun 2000 dengan beberapa pelajar dari Sabah merupakan graduan lulusan Institut Pengajian Islam Sutan Haji Omar 'Ali Saifuddien, Universiti Brunei Darussalam.

 

Kunjungan hormat ke pejabat Ketua Menteri Sabah berkenaan merupakan salah satu program yang disusun dalam Lawatan Kerja WOAGM ke Negeri Sabah bersama dengan program Jelajah Silaturahim Da'ie Borneo, Fakulti Usuluddin yang dikendalikan oleh Badan Pelajar Fakulti Usuluddin (BadrU).

 

Ia merupakan sebuah program yang julung-julung kalinya diadakan oleh fakulti sebagai landasan mengasah daya kepimpinan dan praktik pembelajaran khususnya dalam bidang dakwah.

 

Turut hadir pada sesi berkenaan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif, selaku salah seorang ahli Pertubuhan Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia.

 

Kunjungan berkenaan diakhiri dengan penyerahan cenderamata dan Mushaf UNISSA kepada YAB Ketua Menteri Sabah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41