FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Penghargaan, Penyampaian Hadiah Mahrajan Bahasa Arab


 


 March 7th, 2023  |  07:51 AM  |   147 views

GADONG

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerusi Fakulti Bahasa Arab mengadakan Mahrajan Bahasa Arab sempena Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia 2022 mulai 19 Disember 2022 hingga 6 Mac 2023.

 

Sehubungan itu, Majlis Penghargaan dan Penyampaian Hadiah Mahrajan Bahasa Arab telah diadakan di Auditorium UNISSA, Jalan Gadong, hari ini.

 

Terdahulu, Dekan Fakulti Bahasa Arab, UNISSA, Dr. Hajah Rafidah binti Haji Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Majlis Penghargaan dan Penyampaian Hadiah Mahrajan Bahasa Arab dalam ucapannya berkata Hari Bahasa Arab Sedunia diraikan pada setiap 18 Disember bermula tahun 2012, kerana pada tarikh 18 Disember 1973, Bahasa Arab telah berdaftar dan menjadi bahasa antarabangsa oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

 

Sebagai sebuah Negara Zikir ujarnya dan sebuah negara yang berkonsepkan Melayu Islam Beraja (MIB) maka sudah setentunya Islam merupakan perkara yang amat dititikberatkan di negara ini, MIB dijadikan asas dan sumber rujukan dalam mencapai matlamat negara.

 

Islam merupakan sebuah agama yang berpegang teguh dengan kitab suci yang pertama, Al-Quran. Negara Zikir pula adalah imej sebuah negara yang menjunjung tinggi ajaran-ajaran Islam dan menjadikan ajaran Islam sebagai panduan dan amalan dalam seluruh aspek kehidupan agar nikmat, kerahmatan dan keberkatan akan sentiasa mengiringi dan melindungi negara.

 

Beliau seterusnya mengongsikan, Mahrajan Bahasa Arab 2022 telah membuka tirainya dengan Seminar Antarabangsa anjuran bersama Fakulti Bahasa Arab, UNISSA, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam dan Persatuan Bahasa Arab Negara Brunei Darussalam, yang telah diadakan pada 19 Disember 2022  dengan membawakan tema yang bermaksud 'Sumbangan Bahasa Arab ke arah ketamadunan dan kebudayaan Manusia', yang kemudiannya diikuti oleh pelbagai pertandingan mengikut peringkat masing-masing.

 

Bagi peringkat universiti, dua pertandingan telah dipertandingkan iaitu Pertandingan Pidato (Khitabah) yang telah dilaksanakan secara hibrid pada Sabtu, 21 Januari 2023 yang lalu dan Pertandingan Video Kreatif (al-Fidio Al-Ibdaie) dengan penyertaan secara 'online' yang telah ditutup penyertaannya pada 28 Februari yang lepas.

 

Kemudian bagi peringkat menengah atas dan pra universiti, pertandingan meringkaskan cerita (Talkhis Qisah) telah dilaksanakan pada sebelah pagi 8 Februari 2023, sementara bagi peringkat menengah bawah dan rendah pula Pertandingan Bicara Berirama (Al-Kalam Al-Jamaie) telah dikendalikan pada sebelah petang tarikh yang sama.

 

Manakala bagi pertandingan yang melibatkan penyertaan pelajar-pelajar yang bukan dari aliran Arab pula, Pertandingan Mengeja (Imla) telah dibuat pada 11 Februari 2023.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Auditorium UNISSA itu ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi di Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Emad bin Abdul Aziz bin Saad Al Muhanna. Juga hadir, Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah kemudian bacaan Al-Quran yang dipersembahkan oleh mahasiswi Fakulti Bahasa Arab, UNISSA, Nur Amal Atiqah@Aida binti Haji Sudirman, yang merupakan johan pada Musabaqah Tilawah Quran Institut Pengajian Tinggi, Piala Canselor 2022.

 

Acara turut diserikan dengan persembahan oleh johan-johan dari semua kategori.

 

Turut hadir, pelajar-pelajar sekolah Arab, sekolah-sekolah ugama, pelajar-pelajar bukan dari sekolah Arab dan individu perseorangan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41