FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Usaha Percepatkan Digitalization Pelan Induk Ekonomi Digital 2025


 


 March 7th, 2023  |  08:00 AM  |   99 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam mempercepatkan pelbagai usaha 'digitalisation' di bawah Pelan Induk Ekonomi Digital 2025, Majlis Ekonomi Digital melalui Smart Nation Office sedang melaksanakan pengukuhan pelan-pelan tindakan dalam mendukung pembangunan empat teras strategik utama di bawah pelan induk berkenaan, iaitu Government Digitalization; Industry Digitalization; Thriving ICT Industry; dan Manpower and Talent Development.

 

Empat teras berkenaan merangkumi pembangunan beberapa inisiatif, program dan projek sehingga tahun 2025 dan Key Performance Indicators (KPI's) untuk menangani dan mengukur kecekapan dan keberkesanannya secara keseluruhan.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah menegaskan perkara tersebut pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi hari ketiga yang berlangsung petang tadi di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Yang Berhormat seterusnya mengongsikan beberapa inisiatif telah pun dilaksanakan ke arah mendukung pelbagai usaha di bawah keutamaan kedua, iaitu Sistem Operasi Marin (Marine-M) yang dilancarkan oleh Darussalam Pilotage Services Sdn. Bhd. (DPS) adalah sistem pengendalian marin secara digital dengan menggunakan prosedur teras, operasi dan penyata melalui teknologi mudah alih sistem digital.

 

Inisiatif seterusnya terang Yang Berhormat, ialah pelancaran projek Unified Smart Metering System (USMS) secara komersial bagi kedua-dua Meter Elektrik Pintar dan Meter Air Pintar dengan sasaran bilangan lebih daripada 250 ribu meter di seluruh negara termasuk kedai-kedai dan gedung-gedung perniagaan dalam tempoh lima tahun. Ia bertujuan menggalakkan dan memacu bekalan dan penggunaan utiliti yang lebih cekap dan mesra pelanggan.

 

Yang Berhormat juga menjelaskan mengenai pihak Unified National Networks Sdn. Bhd. (UNN) bersama beberapa syarikat telekomunikasi antarabangsa telah menandatangani perjanjian untuk melabur bersama dalam sebuah sistem kabel dasar laut di Asia Tenggara yang bernilai 300 juta US Dollar yang bertujuan untuk meningkatkan kapasiti data di rantau Asia Tenggara dan menaikkan taraf kapasiti tempatan yang dijangka siap menjelang suku ketiga tahun 2025.

 

Bagi membolehkan pelbagai agensi berkenaan mendukung pelbagai usaha di bawah keutamaan ini, Yang Berhormat mengongsikan bahawa beberapa peruntukan akan terus disediakan, iaitu sejumlah BND1.9 juta dengan harga rancangan BND15 juta di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN-11) untuk Pusat Data Kerajaan dan Infrastruktur Cloud, iaitu bagi menaik taraf dan mengembangkan infrastruktur Pusat Data Kerajaan untuk menampung keperluan pelbagai sumber pengkomputeran bagi aplikasi dan perkhidmatan dalam talian kementerian dan jabatan kerajaan.

 

Manakala tambah Yang Berhormat, sejumlah BND2 juta dengan harga rancangan BND4 juta di bawah RKN-11 untuk Sistem Pengurusan Pendidikan Kebangsaan termasuk bagi penyediaan Central Admission System dan database bagi mengurus kemasukan para penuntut ke semua institusi pengajian tinggi di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama secara digital.

 

Seterusnya bagi mendukung transformasi dan penyelidikan penjagaan kesihatan digital, Yang Berhormat menjelaskan bahawa beberapa peruntukan akan disediakan di bawah Kementerian Kesihatan, iaitu sejumlah BND18 juta bagi membiayai sistem BruHealth Fasa II dan III dan sejumlah BND3.4 juta bagi Bru-HIMS Level 1, 2 & 3 Support and Maintenance Service.

 

Sementara sejumlah BND127.8 juta pula ujar Yang Berhormat bagi teknologi maklumat di bawah Perbelanjaan Berulang-ulang Kementerian-kementerian secara keseluruhannya termasuk bagi membiayai projek IT Central Procurement (ITCP) dan lesen-lesen perisian (software) bagi semua kementerian dan jabatan kerajaan telah pun diperuntukkan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41