FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penyediaan Akses Infrastruktur Digital Berkualiti Tinggi


 


 March 7th, 2023  |  08:02 AM  |   105 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah menegaskan bahawa pihak kerajaan akan terus memberikan keutamaan untuk menyediakan akses kepada infrastruktur digital yang berkualiti tinggi dan selamat, menggalakkan inovasi dan mewujudkan ekosistem serta menawarkan latihan untuk meningkatkan kemahiran bagi memastikan negara bersedia untuk memanfaatkan teknologi digital.

 

Dalam mendukung aspirasi negara untuk menjadi sebuah 'smart nation', Pelan Induk Ekonomi Digital 2025 yang dilancarkan oleh Majlis Ekonomi Digital pada bulan Jun 2020, telah pun menyediakan satu rangka kerja (framework) untuk mengembangkan rancangan dalam mendukung perkembangan ekonomi digital secara 'whole of nation approach'.

 

“Pelan Induk tersebut telah pun mengenal pasti tiga 'key flagship projects' yang akan menjadi tiang utama untuk mewujudkan transformasi digital secara keseluruhan," terang Yang Berhormat pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi hari ketiga yang berlangsung petang tadi di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Pertama kata Yang Berhormat, di bawah Projek National Information Hub (NIH) yang berperanan sebagai penyimpanan data umum telah pun dilancarkan dan mula digunakan pada bulan Jun 2021.

 

Sehingga kini, sebanyak 10 Data Provider dan 11 Data Users yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan yang berkepentingan menggunakan platform tersebut. Pada tahun 2023 terdapat 16 buah agensi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk institusi kewangan dijangka akan menyertainya.

 

Kedua tambah Yang Berhormat, di bawah Projek Digital Identity yang merupakan penambahbaikan sistem e-Darussalam yang sedia ada pada masa ini dan dijangka untuk siap pelaksanaannya dan mula digunakan pada tahun ini. Projek ini akan menggunakan pengesahan 'digital identity' bagi keperluan 'login' ke atas beberapa perkhidmatan kerajaan.

 

Perkhidmatan tersebut juga akan dilaratkan kepada sektor perniagaan melalui pengintegrasian dengan National Business Services Platform bagi membolehkan sektor perniagaan memproses transaksi perniagaan secara digital.

 

Ketiga ujar Yang Berhormat, projek Digital Payment Hub merupakan penyediaan platform yang membolehkan pengintegrasian antara pelbagai sistem pembayaran sedia ada dan akan membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran secara digital dengan lebih mudah dan cepat. Projek ini dijangka akan siap pelaksanaannya dan mula digunakan pada penghujung tahun ini tertakluk kepada penerimaan atau 'adoption' oleh bank-bank tempatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41