FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Usaha Tingkatkan Prestasi, Kualiti, Pengukuhan Sistem Pendidikan


 


 March 7th, 2023  |  08:05 AM  |   110 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Fokus belanjawan ketiga di bawah tema belanjawan negara adalah 'Pembangunan Modal Insan Yang Dinamik, Proaktif dan Inovatif'.

 

Huraian fokus ketiga ini menyatakan bahawa kerajaan akan terus memberikan keutamaan terhadap usaha-usaha untuk meningkatkan prestasi dan kualiti sistem pendidikan, mengukuhkan pendidikan teknikal dan vokasional termasuk peningkatan dari aspek keupayaan tenaga pengajar serta latihan profesional, dengan matlamat untuk meningkatkan kecekapan serta melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran, profesional dan berkeupayaan tinggi.

 

Pada hari ketiga dalam Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah dalam sebahagian pembentangan, menjelaskan bahawa ini adalah bagi memastikan penyesuaian berterusan terhadap perubahan persekitaran ekonomi serta penyelarasan modal insan dengan keperluan pasaran pekerjaan di negara ini.

 

“Bagi mensejajarkan perancangan tenaga manusia dengan 'marketability' dan 'employability' anak tempatan untuk mendapatkan pekerjaan yang 'sustainable' dan 'gainful', Manpower Industry Steering Committee (MISC) telah ditubuhkan sebagai satu platform untuk mendukung visi Manpower Planning and Employment Council (MPEC)," ujar Yang Berhormat.

 

MISC juga tambah Yang Berhormat akan menyelaras di antara industri, institusi pendidikan dan institusi latihan ke arah memenuhi permintaan industri serta memastikan bekalan sumber manusia yang mencukupi pada waktu yang  tepat.

 

Yang Berhormat seterusnya menjelaskan bahawa penglibatan sektor swasta melalui 71 buah syarikat yang telah dilantik selaku Ahli MISC Working Groups bagi Sektor-sektor Tenaga, Pembinaan, ICT, Hospitaliti dan Pelancongan, dan Pengangkutan dan Logistik, memainkan peranan penting dalam memberikan maklum balas keperluan tenaga kerja dan latihan mengikut perspektif industri masing-masing.

 

Selain daripada menyediakan inisiatif pembangunan kemahiran, Yang Berhormat berkata, MPEC juga telah memperkenalkan Program Jati Diri (PJD) bagi memperkukuhkan kedayatahanan, integriti, disiplin dan tanggungjawab anak tempatan agar lebih bersedia untuk menceburi alam pekerjaan atau 'job-ready'.

 

“Program ini adalah mandatori bagi semua anak-anak tempatan yang mengikuti program iSkills dalam bidang Welding, Scaffolding, Rigging, Mark and Fitting dan Blasting-Painting memandangkan pekerjaan-pekerjaan tersebut akan memerlukan kedayatahanan, disiplin dan komitmen kerja yang tinggi," ujar Yang Berhormat.

 

Menurut Yang Berhormat, pihak MPEC juga menyediakan garis panduan gaji atau Salary Guideline di sektor swasta sebagai langkah yang penting ke arah memastikan pencari kerja dan pekerja tempatan menerima gaji yang bersesuaian mengikut kemahiran dan produktiviti mereka di setiap peringkat tangga kerjaya.

 

Garis panduan tersebut berfungsi untuk membantu sektor swasta dalam mewujudkan pakej gaji yang kompetitif dan menarik bagi membolehkan pekerja tempatan memperolehi pekerjaan yang bermakna dan mengekalkan mereka dalam sebuah pekerjaan. Ini seterusnya akan meningkatkan kerjaya individu tersebut dalam profesion yang diceburi.

 

Salary Guideline di sektor swasta ini mengandungi 22 'job families', yang mana ia adalah berdasarkan kepada permintaan utama industri. Beberapa inisiatif khusus bagi meningkatkan 'employability' golongan pencari kerja tempatan termasuk golongan yang mempunyai kelulusan rendah juga telah diperkenalkan.

 

Pada persidangan yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini, Yang Berhormat seterusnya menyatakan inisiatif ini adalah seperti program latihan iSkills, iLeap dan TVET Scheme yang telah disediakan bagi golongan berkenaan untuk meningkatkan kemahiran khususnya dalam bidang-bidang teknikal dan seterusnya menjadi nilai tambah dalam menjawat jawatan yang bersesuaian di sektor-sektor berkenaan.

 

Program 'industry Learn and Excel Apprenticeship' atau iLEAP telah dilancarkan pada bulan Ogos 2022, yang dianjurkan bersama oleh MPEC dan Energy MISC-Working Group dengan kerjasama Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat atau Lifelong Learning Centre dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) bertujuan untuk menyediakan peluang kepada tenaga kerja tempatan yang sedia ada dalam Sektor Tenaga bagi meningkatkan kemahiran dengan memperoleh kelulusan yang diiktiraf dalam bidang-bidang teknikal.

 

Selain itu, Yang Berhormat menambah SkillsHub yang telah dilancarkan pada bulan Ogos 2022 adalah sebuah lagi inisiatif Energy MISC-Working Group, Lifelong Learning Centre dan industri-industri yang berkepentingan, untuk menyediakan sebuah platform yang mengumpulkan bekalan latihan daripada operator dan syarikat industri tempatan. Ia adalah dihasrat untuk menyediakan peluang-peluang pembelajaran sepanjang hayat bagi tenaga kerja tempatan.

 

Rangka Kerja Kompetensi Industri ICT Brunei atau Brunei ICT Industry Competency Framework (BIICF) telah dilancarkan pada bulan Ogos 2022 oleh ICT MISC-Working Group yang bermatlamat untuk memastikan profesional ICT tempatan mempunyai kompetensi ICT relevan untuk melaksanakan tugas dan membimbing mereka dengan kemahiran yang diperlukan yang selaras dengan keperluan industri.

 

“Rangka kerja tersebut juga bertujuan untuk memberikan standard kompetensi kepada institusi pendidikan tinggi dan penyedia latihan, yang akan menjadi rujukan dalam merancang kurikulum dan program latihan masing-masing.

 

“Bagi penyediaan pekerja tempatan yang berkemahiran khususnya dalam bidang kejuruteraan, Yang Berhormat menjelaskan tawaran program-program biasiswa termasuk latihan industri dari Syarikat Hengyi Industries Sdn. Bhd. untuk pelajar-pelajar Universiti Brunei Darussalam, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), Politeknik Brunei ke institusi-institusi bersesuaian di Republik Rakyat China," ujar Yang Berhormat.

 

Di samping itu, tambah Yang Berhormat lagi, Politeknik Brunei telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menawarkan Program Level 5 Diploma in Diabetes Nurse Educator (DNE) untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran jururawat.

 

Yang Berhormat seterusnya berucap, ke arah meningkatkan kegiatan penyelidikan di negara ini, Makmal Sains dan Teknologi Bio-inspirasi antara UBD dan Virginia Tech, Amerika Syarikat telah dilancarkan bagi membolehkan penyelidik daripada kedua-dua belah pihak memanfaatkan sumber bio-diversiti negara dalam mendorong kejuruteraan bio-inspirasi dan teknologi digital yang lebih maju.

 

“Selain itu, Kementerian Kesihatan dan Syarikat EVYD Technology telah menandatangani MoU bersama National University of Singapore, Saw Swee Hock School of Public Health sebagai kerjasama untuk mengukuhkan sistem kesihatan termasuk dasar kesihatan, aktiviti akademik dan saintifik," tambah Yang Berhormat lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41