FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Usaha Berterusan, Tingkat Pengeluaran Domestik


 


 March 7th, 2023  |  08:07 AM  |   132 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Semasa pandemik COVID-19, Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali daripada menghadapi cabaran kenaikan harga barangan yang didorong oleh kenaikan kos pengangkutan dan logistik, peningkatan harga barang mentah dan sekatan eksport dari negara-negara pengeluar yang setentunya menjejaskan bekalan global.

 

Oleh yang demikian, dengan mengambilkira jua Negara Brunei Darussalam mengimport sekitar 70 peratus barangan terutama makanan dari luar negara, kerajaan akan terus memberikan keutamaan terhadap usaha-usaha untuk meningkatkan lagi pengeluaran domestik khususnya dari Sektor-sektor Pertanian, Perikanan dan Ternakan.

 

Demikian antara yang dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah dalam Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi pada hari ketiga yang berlangsung hari ini di mana sebahagian daripada pembentangan, menghuraikan keutamaan belanjawan kedua tema belanjawan negara iaitu, 'Mendukung Pemulihan Negara Yang Inklusif Dan Berdaya Tahan'.

 

Memberikan keutamaan terhadap usaha-usaha untuk meningkatkan lagi pengeluaran domestik khususnya dari Sektor-sektor Pertanian, Perikanan dan Ternakan adalah penting agar bekalan makanan negara adalah sentiasa terjamin dan seterusnya tidak menjejaskan pemulihan ekonomi serta kesejahteraan rakyat dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup, tambah Yang Berhormat.

 

Bagi mendukung usaha untuk meningkatkan produktiviti dan pengeluaran di Sektor Pertanian dan Perikanan, Yang Berhormat berujar bahawa beberapa usaha telah dilaksanakan, diantaranya adalah pengendalian Projek Penanaman Padi secara skala besar di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Kandol, Labi, Kuala Belait. Projek tersebut dikendalikan oleh Syarikat PaddyCo Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat di bawah Darussalam Assets Sdn. Bhd.

 

Yang Berhormat menjelaskan bahawa sejak penanaman pertama pada tahun 2019, kawasan penanaman padi di KKP Kandol telah meningkat daripada 8.23 hektar kepada 68.23 hektar pada Julai 2022. Kawasan penanaman padi ini dijangka akan meningkat lagi kepada 173.23 hektar pada pertengahan tahun 2023.

 

Yang Berhormat seterusnya menjelaskan bahawa satu penandatanganan kontrak perjanjian bagi Projek Design, Supply, Install, Testing And Commissioning of New Rice Mill, Paddy Dryer and Storage For Wasan Rice Processing Complex telah diadakan pada 10 Ogos 2022.

 

Fasiliti tersebut dijangka siap pada bulan April 2023 dan dihasrat akan dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti penyimpanan padi serta membolehkan pengisaran padi dan pembungkusan beras secara lebih efisien.

 

Antara usaha yang lain lagi adalah mengenai eksport ikan, Yang Berhormat menjelaskan bahawa, Syarikat Barramundi Group (B) Sdn. Bhd. telah pun mencapai sasaran bagi tahun 2022 bagi penternakan 100 tan metrik ikan Barramundi di negara ini dan telah mula mengeksport ke Republik Singapura bermula suku ketiga tahun 2022 dan sebahagiannya juga telah dijual di pasaran domestik.

 

Seterusnya, Yang Berhormat pada persidangan yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini, menjelaskan mengenai Syarikat Gropoint Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat yang mengeluarkan produk perikanan yang berteknologi tinggi dan mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 3,500 tan ke 5,000 tan setahun. Syarikat tersebut dijangka akan membina kilangnya pada suku pertama tahun 2023.

 

Negara Brunei Darussalam melalui Syarikat Golden Chick Livestock Sdn. Bhd., telah berjaya mengeksport sekitar 300 ribu biji telur ayam ke Republik Singapura buat pertama kalinya.

 

Dalam perkara ini, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan akan terus bekerjasama dengan pihak autoriti di luar negara serta para pengusaha untuk membuat penyelarasan, perancangan dan persiapan bersesuaian bagi mengeksport ayam segar dan produk berasaskan daging dan produk pertanian dan perikanan untuk dieksport ke Republik Singapura dan negara-negara lain.

 

Ke arah mendukung usaha-usaha tersebut, Yang Berhormat menyatakan bahawa beberapa peruntukan akan terus disediakan bagi mencapai ke arah pertumbuhan keluaran industri pertanian dan perikanan yang lebih pesat dan mampan serta bagi mencapai sekuriti makanan.

 

Di antara peruntukan-peruntukan yang dijelaskan adalah, bagi meningkatkan lagi pengeluaran beras negara, peruntukan sejumlah BND9.3 juta juga akan disediakan di bawah Skim Pembelian Semula Padi serta bagi pembelian benih benih padi hibrid untuk diagihkan kepada peladang-peladang padi dan sejumlah BND6 juta dengan harga rancangan BND36 juta di bawah RKN11 bagi pembukaan kawasan penanaman padi secara komersial di kawasan Kandol, Daerah Belait.

 

Kemudian sejumlah BND4.5 juta dengan harga rancangan BND26 juta di bawah RKN11 bagi Rancangan Pembangunan Industri Ternakan untuk menjana pengeluaran termasuk pembekalan elektrik di kawasan Kemajuan Pertanian Merangking Fasa 1, Daerah Belait dan makmal Program Pusat Penyelidikan, Penganalisaan dan Rujukan Bagi Penyakit Ternakan.

 

Manakala sejumlah BND118 ribu dengan harga rancangan BND15 juta di bawah RKN11 bagi memajukan dan membuka tapak-tapak bagi industri akuakultur termasuk menyediakan infrastruktur asas.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41