FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Usaha Bantu Perkembangan, Pertumbuhan Sektor Swasta


 


 March 7th, 2023  |  08:10 AM  |   117 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pada Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi pada hari ketiga yang berlangsung hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah dalam pembentangan telah menghuraikan tiga keutamaan yang menjadi fokus tema belanjawan negara bagi Tahun Kewangan 2023 / 2024. Tema yang dipilih adalah 'Bersatu Membina Masa Depan Yang Lebih Makmur'.

 

Dalam menghuraikan keutamaan belanjawan kedua tema belanjawan negara iaitu, 'Mendukung Pemulihan Negara Yang Inklusif Dan Berdaya Tahan', Yang Berhormat menyatakan bahawa kerajaan akan memberikan keutamaan terhadap usaha-usaha dalam membantu perkembangan dan pertumbuhan sektor swasta dengan meningkatkan produktiviti negara dalam sektor-sektor ekonomi yang telah dikenal pasti melalui perniagaan tempatan serta usaha-usaha dalam menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI) agar kesan limpahan ekonomi daripada aktiviti syarikat-syarikat berkenaan akan dapat menawarkan lebih banyak peluang perniagaan kepada Perusahan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME) di negara ini.

 

Yang Berhormat seterusnya menjelaskan bahawa Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan FDI juga memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan dalam membuat pelaburan yang signifikan untuk mengembangkan ekonomi negara melalui penyediaan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan, meningkatkan aktiviti perekonomian, menyumbang kepada nilai eksport dan seterusnya mendukung fokus kedua ini.

 

Yang Berhormat kemudian mengongsikan perkembangan terkini beberapa projek FDI yang telah beroperasi di bawah 'priority sector'.

 

Syarikat Anson International Sendirian Berhad iaitu sebuah syarikat usaha sama antara Dana Stategic Development Capital dengan sebuah syarikat tempatan dan beberapa syarikat antarabangsa telah pun ditubuhkan pada 25 Jun 2022.

 

Penubuhan syarikat tersebut bertujuan membina dan menjalankan operasi sebuah fasiliti penyelenggaraan (maintenance) bagi kapal-kapal laut dan 'decommissioning yard'. Kolaborasi antara Muara Port Company, Ben Line Agency dan Regional Container Lines Pte. Ltd. telah melancarkan perkhidmatan baharu iaitu Regional East Malaysia Services di antara Malaysia Timur, Negara Brunei Darussalam dan Singapura menggunakan sebuah 'container feeder vessel' dengan muatan sebanyak 930 TEUs.

 

Kerjasama berkenaan akan membolehkan Pelabuhan Muara berkembang lagi sebagai destinasi transhipment dan mengukuhkan lebih banyak laluan perkapalan ke Pelabuahan Muara dan seterusnya mengadakan harga penghantaran serta kos logistik yang lebih kompetitif.

 

Maritime dan Port Authority Brunei Darussalam (MPABD) telah menandatangani perjanjian bersama Amarco Group Sendirian Berhad bagi pengurusan dan pengendalian Brunei Bay Southern Anchorage pada 29 September 2022.

 

Menurut Yang Berhormat, fasiliti tersebut dijangka akan mula beroperasi pada bulan Jun 2023 dan projek tersebut akan membuka peluang-peluang pekerjaan khususnya kepada warga tempatan dan seterusnya meningkatkan kemahiran dalam bidang marin dan teknikal dalam industri berkenaan.

 

Projek berkenaan juga dijangka akan dapat menjana peluang ekonomi 'spin-off' kepada syarikat-syarikat tempatan seperti perkhidmatan 'pilotage, oil supplier, food supply, tank cleaning, pest control, medical services', perkhidmatan tempat tinggal, 'training courses, garbage and water disposal, repairs and maintenance works on vessels', pengurusan fasiliti dan sebagainya.

 

Syarikat Hengyi Sendirian Berhad sedang meneliti 'feasibility studies' dan skop pelaksanaan bagi projek fasa kedua yang akan meningkatkan kapasiti penghasilan daripada 8 tan matrik setahun kepada 22 tan matrik setahun bersamaan dengan 475 ribu tong sehari. Projek bagi kedua-dua fasa tersebut dijangka akan memberi kira-kira sebanyak 3,900 peluang pekerjaan.

 

Pada persidangan yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini, Yang Berhormat juga mengongsikan perkembangan terkini Syarikat Brunei Fertilizer Industries (BFI) Sdn. Bhd. di mana pada 25 Februari 2023, Loji Syarikat BFI telah dilancarkan secara rasmi di mana loji berkenaan telah berjaya menghasilkan lebih daripada 631 ribu tan metrik baja Urea semenjak bulan Januari 2022.

 

Yang Berhormat juga mengongsikan jumlah eksport baja Urea Syarikat BFI setakat bulan Februari 2023 ke negara-negara luar dan pendapatnya.

 

Semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN, ujar Yang Berhormat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah bahawa peranan MSME sangat penting dalam memacu aktiviti negara mengambil kira MSME membentuk 97.2 peratus daripada jumlah keseluruhan aktif di negara ini pada tahun 2020.

 

Oleh itu, sebagai usaha untuk memperkembangkan MSME agar dapat beroperasi secara 'sustainable' dan berdaya saing, kerajaan melalui pihak Darussalam Enterprise (DARe) akan terus menyediakan infrastruktur serta program-program sokongan yang relevan termasuk memberikan khidmat nasihat kepada MSME.

 

Sejak tahun 2016, seramai 15,000 pengusaha-pengusaha telah dibantu melalui latihan-latihan keusahawan, penubuhan Startups, latihan berkaitan piawaian bagi mendapatkan pensijilan piawaian antarabangsa, Skim Co-Matching dan sebagainya.

 

Di samping itu, pihak DARe juga menyediakan dan menguruskan sebanyak 27 tapak perindustrian dan empat kilang siap bina di keempat-empat daerah bagi memudah cara MSMEs dan syarikat FDI yang menjalankan aktiviti pembuatan.

 

Di dalam melaksanakan Peta-peta Jalan Industri di bawah Brunei Darussalam Economic Blueprint, kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei sedang mengadakan perundingan dengan beberapa syarikat FDI dan syarikat domestik untuk menilai serta menambahbaik beberapa cadangan projek yang telah diterima setakat ini termasuk cadangan-cadangan berkaitan dengan Sektor Hiliran Minyak dan Gas, Makanan dan Logistik.

 

Selain itu, Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, ke arah menjana saluran pelaburan ataupun 'investment pipeline' yang berterusan dan mampan, pihak kerajaan juga giat mempertingkatkan usaha mempromosi peluang-peluang pelaburan menerusi pelbagai platform sama ada menerusi Program Promosi Secara Bersasar (Targeted Promotion Programe) mahupun menerusi ekspo-ekspo serantau dan antarabangsa.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41