FacebookInstagramTwitterContact

 

Meet and Greet Session           >>           Media Conference on Imagine Football Fiesta           >>           Customs Case           >>           Cooking Course           >>           Blood Donation Campaign           >>           KACA's Hari Raya Aidilfitri Celebration and Sports Day           >>           Outstanding Student Awards Ceremony           >>           World Earth Day Celebration           >>           Workplace Safety and Health Conference           >>           Welcoming Dinner Reception           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


NBD Terus Komited, 'On-Track' Capai Sasaran


 


 March 7th, 2023  |  08:12 AM  |   126 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Negara Brunei Darussalam memainkan peranan aktif dalam sama-sama melaksanakan dasar perubahan iklim negara ini.

 

Bagi membentuk hala tuju negara ke arah sebuah ekonomi yang rendah karbon dan berdaya tahan iklim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah menjelaskan, kerajaan amat komited dan adalah 'on-track' untuk mencapai sasaran komitmen di bawah Perjanjian Paris iaitu mengurangkan jumlah pelepasan gas rumah hijau sebanyak 20 peratus menjelang tahun 2030.

 

Bagi tahun 2022, jelas Yang Berhormat, negara telah berjaya mengurangkan pelepasan gas rumah hijau kepada 11.4 juta tan Co2 berbanding dengan sasaran sebanyak 15.82 juta tan Co2.

 

“Sebagai langkah mitigasi, pelbagai aktiviti-aktiviti telah dilaksanakan pada tahun 2022, antaranya penanaman pokok sebanyak 42,928 batas pokok, pengurangan pelupusan sampah, pengurangan pelepasan gas rumah hijau dalam Sektor Perindustrian, peningkatan tenaga yang diperbaharui melalui pembinaan projek suria dan pengurangan pengeluaran gas rumah hijau dari penjanaan dan penggunaan tenaga," ujar yang Berhormat semasa Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, hari ini.

 

Pada tahun ini, menurut Yang Berhormat, tumpuan akan diberikan kepada usaha menangani isu perubahan iklim dengan melaksanakan langkah adaptasi melalui penggubalan pelan adaptasi kebangsaan, mewujudkan rangka kerja harga karbon, rangka kerja Domestic Voluntary Carbon Offset (DVCO) dan draf akta karbon dan pengukuhan ketelusan Inventori Gas Rumah Hijau Negara melalui Projek Inventori Sumber Hutan Negara dan Direktif.

 

“Oleh itu, semua pihak yang berkepentingan hendaklah memainkan peranan aktif dalam sama-sama membentuk hala tuju negara menjadi sebuah negara lestari yang rendah karbon dan berdaya tahan iklim, selaras dengan komitmen negara ke arah pelepasan sifar bersih (net zero emissions) menjelang 2050.

 

“Di samping itu, beberapa usaha telah dilaksanakan bagi mendukung hasrat dan komitmen tersebut antaranya penubuhan Pusat Perubahan Iklim ASEAN (ASEAN Climate Change Centre) di Negara Brunei Darussalam yang akan berfungsi sebagai badan pemikir, hak pengetahuan, penyelaras strategik dan penyepadu inisiatif dan aktiviti tindakan iklim dalam rantau ASEAN," ujar Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat menambah, kira-kira 400 ribu setahun dengan harga rancangan kira-kira BND2.1 juta disediakan untuk membiayai fasa pertama penubuhan pusat ini. Pelancaran 'retail rapid charging station' pertama di Stesen Minyak IBA, Lambak oleh Syarikat Brunei Shell Marketing Sendirian Berhad yang boleh mengecas kenderaan elektrik dengan masa lebih kurang 30 minit.

 

Beberapa peruntukan juga telah disediakan untuk menangani bencana alam tambah Yang Berhormat, antaranya untuk menangani risiko bencana alam sejumlah BND596 ribu dengan harga rancangan BND52.8 juta disediakan di bawah RKN.

 

Yang Berhormat menjelaskan, sejumlah BND25 juta juga disediakan di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi untuk pengurusan bencana alam bagi membolehkan agensi-agensi kerajaan bekerjasama dalam menangani apa juga bencana alam seperti kejadian banjir, tanah susur dan sebagainya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines: Drought Dries Up Dam To Reveal Centuries-Old Town

 2024-05-01 00:34:00

Bonza: Passengers Stranded As Australian Airline Enters Administration

 2024-05-01 00:22:41